Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sa.dai] | ترساداي

Definisi : 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 2. terletak di tempat yg lebih tinggi (perahu), terkandas, terdampar: tinggallah perahu yg dua buah ~ di atas batu; 3. Mn tidak laku (barang-barang jualan, anak dara yg tidak dipinang orang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sadai
Kata Terbitan : bersadai, menyadaikan, tersadai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Di sini saya ingin mengemukakan beberapa soalan . 1. apakah kata kerja bagi perbuatan murid sekolah rendah yang membawa beg di kedua-dua belah bahu di belakang mereka. Adakah kata kerja itu menggalas atau menyandang ? Apabila disemak kamus menggalas menggunakan kayu tetapi setahu saya perbuatan itu kita sebut sebagai menggalas beg manakala menyandang hanya di sebelah bahu. contohnya menyandang senapang , pedang dan beg tangan. harap pihak DBP dapat berikan penjellasan. tk Soalan kedua tersadai dan terdampar Jika disemak kamus seakan-akan sama. pemahaman saya pula... tersadai untuk benda manakala terdampar boleh pada orang atau mayat. bagaimanakah hendak bezakannya kerana apabila disemak kamus , agak keliru. terima kasih,harap mendapat jawapan secepat mungkin kerana soalan dalam peperiksaan sekolah. terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perbuatan membawa beg di belakang  ialah menggalas beg manakala membawa beg disebelah bahu ialah menyandang. Perkataan dampar membawa maksud hanyut dan terkandas di pantai. Perkataan sadai membawa maksud terdampar. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan secara bertukar ganti. Makna13.05.2008
1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai?

1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient.

 

1.  (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England,  stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.”  Huraian lanjut pula;  

 

A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review.

 

A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.”

 

Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).  

 

2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”.


3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut:

 

tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 

 

4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. 

Istilah18.11.2018

Kembali ke atas