Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sa.ngat] | ترساڠت

Definisi : terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sa.ngat] | ترساڠت

Definisi : terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersangat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. tersangat indah sekali 2. teramat indah sekali 3. tersungguh indah sekali 4. tersangat sungguh tinggi 5. tersangat tinggi sungguh 6. sungguh tersangat tinggi 7. sungguh tinggi tersangat 8. teramat tersangat tinggi 9. teramat tinggi tersangat 10. terlalu sangat cepat 11. sangat terlalu cepat 12. terlalu sungguh lewat 13. sungguh terlalu lewatJawapan yang betul ialah "sangat terlalu cepat" dan "sungguh terlalu lewat"Tatabahasa12.01.2022
Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'?Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk me­nya­takan perbandingan yang tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana.Makna22.07.2013
Adakah kata penguat bebas 'sangat' boleh digunakan seperti di bawah? tersangat cantik.Tersangat cantik ialah contoh penggunaan darjah penghabisan (ter + 'amat/sangat' + cantik), jika sebagai kata penguat bebas ayat tersebut menjadi sangat cantik atau cantik sangat.Tatabahasa22.12.2010
Murid yang teramat pandai dalam mata pelajaran Matematik di kelas kita ialah Farhan. 'teramat' dlm ayat ini bermaksud paling? penggunaan 'teramat' ini boleh diterima?Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.Tatabahasa29.07.2013
Assalamualaikum. Harap tuan dapat membantu saya dalam persoalan tentang kata penguat. 1) kata penguat bebas - sangat amat sungguh. Teramat, tersangat sememangnyq betul, tetapi wujudkah tersungguh? 2)Bolehkah tersangat, teramat ini diletakkan di belakang kata adjektif berdasarkan sifat kata penguat bebas ini? 3)Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga.Ms 411 berkenaan 2 unsur penguat boleh hadir berderetan. Justeru, adakah soalan ini betul? Anak-anak Pak Wahid semuanya sungguh sangat comel. Terima kasih tuan.1. Tidak wujud kata penguat bebas tersungguh.
2. Pola darjah penghabisan yang betul: ter- + amat/sangat + kata adjektif; amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245.
3. Betul, dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Tatabahasa12.05.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik
Jawapan:
1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat.
2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai.
3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama)
Tatabahasa10.04.2015
antara "mengalami kesakitan yang tersangat" dengan " mengalami sakit yang teramat", mana satu ayat yang betul?Ayat yang betul ialah "Mengalami sakit yang teramat".Tatabahasa29.05.2011
Adakah ayat ini diterima...... Murid yang tersangat pandai itu sering dipuji oleh guru-gurunya.Ayat tersebut boleh diterima.Makna26.05.2013
1) adakah "penghuni kampung" diterima? 2) sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) / kedua-dua pun boleh diterima? 3) sistem pengedaran darah / sistem peredaran darah / kedua-dua pun betul? 4) adakah memberi penghormatan & memberikan penghormatan sama maksud? 5) bagaimana untuk membezakan penggunaan terancang & dirancang? 6) Mengikut Kamus tatabahasa, tersangat + kata adjektif kan betul? namun kenapa banyak jawapan bagi soalan buku tatabahasa menunjukkan "tersangat" adalah salah? saya memeriksa portal khidmat nasihat dari 2012 hingga 2015. Ada pegawai petugas yang cakap betul, ada yang berpendapat "tersangat" ini salah. harap mendapat maklum balas.

Cadangan jawapan seperti berikut:

1)    (1) Jawapan yang betul ialah penduduk kampung

2)    (2) Bersempena dengan perayaan

3)    (3) Sistem peredaran darah

4)    (4) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
     i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Pak Ali memberi anak-anaknya wang saku.
     ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

5)    (5) Perkataan terancang dan dirancang membawa maksud yang sama iaitu sudah dirancang.

6)    (6) Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah 
     penghabisan. Contoh: teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.

Tatabahasa08.02.2021
Tn.Munsyi,mohon penjelasan frasa berikut : 1."kesakitan yang teramat sangat " adakah frasa ini tepat dalam ayat Ali mengalami kesakitan yang teramat sangat setelah terjatuh dari basikal. 2.Frasa "teramat sangat" adakah betul dan tepat daripada " tersangat amat" 3.Pemandangan di Langkawi "sungguh amat terindah" Frasa sungguh amat terindah adakah tepat daripada "amat sungguh terindah" 4.Bagaimanakah tatacara kita menyusun amat,sangat dalam frasa adjektif...amat didahulukan disusuli sangat atau sangat didahulukan disusuli oleh amat? Ulasan Tn.Sangat saya hargai didahului dengan ucapan terima kasih....

Menurut data kami, kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat sakit. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat sakit dan teramat cantik. Ayat yang betul ialah pemandangan di Langkawi teramat indah. Selain itu, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 259 - 261). 

Tatabahasa30.03.2020
123

Kembali ke atas