Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sang.kut] | ترسڠکوت

Definisi : 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat: pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4. terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati jatuh hati kpd, terpikat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sang.kut] | ترسڠکوت

Definisi : 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Tali tersangkut pagar duri;
Adik bukan saudara bukan,
     Hati tersangkut kerana budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kain tersangkut kain tinggal.

Bermaksud :

Tergesa-gesa melarikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Prof: 1.gambar itu tersangkut 'di' dinding atau gambar itu tersangkut pada dinding . bagaimana cara untuk menyatakan perbezaan penggunaan terhadap kedua-dua kata sendi tersebut.Kedua-dua sendi nama "di" dan "pada" boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana kedua-dua sendi nama tersebut hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap.Tatabahasa11.08.2009
Inginkan kepastian yang mana lebih tepat. Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak. A di B padaAyat "Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak." Jawapan yang sesuai untuk soalan ini ialah "pada".Tatabahasa03.03.2015
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya?

1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 

2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur).

Tatabahasa17.07.2011
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah? -Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. A. terpontang-panting B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?1) Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin.
 
B. melambai-lambai


2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?

Jawapan yang tepat ialah melayur.
Tatabahasa09.09.2013
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat ini? 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik.1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk  jawapan= meliang liuk.

2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan?
Jawapan = boleh

3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. 
Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya.
Tatabahasa28.08.2012
"Saya ikut sunah nabi," suara Wafiq tersangkut-sangkut. (Betulkah penggunaan tanda koma itu. Atau sebetulnya adalah tanda noktah?)

Penggunaan yang betul ialah tanda noktah.

Ejaan10.10.2011
Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama.Waalaikumussalam...
Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting.
Makna28.06.2016
Apakah perbeaan antara tercekik dan tersedak?

Mengikut Kamus Dewan, tercekik diberikan 3 makna, iaitu 1. dicekik; 2. tersangkut makanan di kerongkong (tekak); 3. (makna kiasan)tertekan (oleh kemiskinan dan lain-lain).

Manakala tersedak pula diberikan makna terbatuk-batuk atau terbelahak kerana salah menelan (tercekik, kemasukan air dalam lubang pernafasan dan lain-lain).
Makna18.08.2014
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah:
terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain;

Tersebut:
1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;

Makna19.05.2014
Tolong tuan tunjukkan cara betul menggunakan "berkait" dan "berkaitan" dalam sesuatu ayat?

Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. 

 

Tatabahasa27.08.2011
12

Kembali ke atas