Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sé.bar] | ترسيبار

Definisi : terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dll): berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sé.bar] | ترسيبار

Definisi : terdapat di mana-mana; terserak; tersiar ke serata tempat: Berita kekalahan Jepun mula ~ di Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG WILLIY WAGTAIL

Burung williy wagtail adalah antara burung

Australia yang paling banyak tersebar. Burung ini

hidup di taman, kawasan terbuka, dan kawasan

cerah di hutan.

UMUM 
ORANG KURDISTAN

Orang Kurdistan ialah kaum yang mendiami

kawasan pergunungan di barat daya Asia. Tanah air

mereka tersebar luas merangkumi sebahagian

daripada kawasan di Armenia, Iran, Iraq, Syria, dan

Turki. Bilangan orang Kurdistan di kawasan ini

tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan

berjumlah kira-kira 20 juta orang. Sebahagian

besar orang Kurdistan ialah pengikut Sunni.

Mereka bertutur bahasa Kurdistan, iaitu sejenis

bahasa Indo-Eropah yang berkait rapat dengan

bahasa Parsi.

UMUM 
MCCARTHYISME

McCarthyisme ialah istilah yang digunakan untuk

pertuduhan dan penyiasatan yang tersebar luas

terhadap kegiatan Komunis yang disyaki di Amerika

Syarikat pada akhir tahun 1950-an.

UMUM 
SESIUM

Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna

keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium

karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak

dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air

mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan

Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun

1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg

mengasingkan logam tulen.

UMUM 
QU YUAN

Qu Yuan (340?–278? S.M.) ialah pemuisi agung

serta patriotik pada zaman purba di China.

Sajaknya tersebar luas di dunia pada pertengahan

tahun 1900-an.

UMUM 
TIN

Tin ialah buah yang telah ditanam lebih daripada

4000 tahun dahulu. Ia mungkin berasal dari barat

daya Asia, kemudian tersebar ke kawasan

Mediterranean . Dokumen orang Yunani, Rom, dan

Mesir purba memerikan kepopularannya sebagai

makanan.

UMUM 
PURITAN

Puritan ialah anggota satu gerakan agama dan

sosial pada tahun 1500-an dan tahun 1600-an.

Gerakan ini bermula di England dan tersebar di

Amerika, yang amat berpengaruh dalam institusi

sosial, politik, dan agama. Mazhab-mazhab agama

seperti Kongresionalisme dan Unitarianisme

berkembang daripada kepercayaan Puritan.

UMUM 
GERAKAN SENI DAN KRAFPergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina.  Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika.  Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian.KEJURUTERAANPeristiwa
AEROSOL

Aerosol ialah campuran zarah dan gas yang amat

kecil. Zarah-zarah ini mungkin titisan cecair atau

cebisan kecil bahan pepejal. Zarah-zarah ini

terapung (tersebar) dalam gas. Awan dan kabus

ialah aerosol yang berlaku secara semula jadi. Tin

semburan deodoran dan semburan rambut

mengeluarkan aerosol apabila digunakan.

UMUM 
MAHABHRATA

Mahabharata, karya epik yang sangat terkenal di India, dan telah malah tersebar hingga ke Nusantara.

SASTERAKarya
12345

Kembali ke atas