Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebut 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memerlukan tuan/puan untuk menyemak tatabahasa pada ayat-ayat tersebut: 1) Sila rujuk panduan tentang cara menterjemah lagu](dan peraturan yang anda perlu dipatuhi ketika menterjemah lagu yang kami telah sediakan. 2) Halaman ini menyediakan halaman lagu bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. 3) "Halaman Terjemahan Melayu"Ayat yang betul seperti berikut:
  1. Sila rujuk panduan dan peraturan yang telah disediakan untuk menterjemah lagu.
  2. Halaman ini menyediakan lagu dalam bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
  3. "Halaman Terjemahan dalam Bahasa Melayu"
Tatabahasa02.05.2023
Tuan, adakah ayat ini berkesalahan? Jika berkesalahan, minta betulkan ayat tersebut. 1. Narut memutuskan untuk ke Chonburi.Ayat di atas adalah betul.Tatabahasa22.03.2015
Boleh dapatkan maklumat maksud bagi istilah tersebut: 1. Hybridization 2. Tangible 3. Seamless integration 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization 6. Engaging 7. Connectivity 8. Immersive 1. Hybridization - gabungan elemen fizikal dan digital 2. Tangible - melibatkan objek nyata 3. Seamless integration - mengintegrasi persekitaran fizikal dan digital dengan lancar 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization - interaksi fizikal yang menggalakkan pengalaman bermain yang personalized. customization pula keupayaan untuk mengubasuai permainan 6. Engaging - engage dengan pengguna 7. Connectivity - keupayaan untuk berhubung dengan peranti 8. Immersive - pengalaman pembelajaran yang lebih mendalamCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi hybridization ialah penghibridan, tangible ialah ketara, seamless integration ialah integrasi selanjar, multisensory and multicapital ialah multideria dan multimodal, personalization and customization ialah personalisasi dan pelangganan, engaging ialah penglibatan, connectivity ialah keterhubungan, dan immersive ialah mengasyikkan.Penyemakan dan penterjemahan10.01.2024
salam sejahtera tuan. apakah kesalahan dalam ayat tersebut: 1. Bayi itu lapar maka dia menangis. 2. Orang sakit itu dibawa ke hospital. Jika ada kesalahannya, boleh tuan berikan alasan. terima kasih...1. Lebih sesuai menggunakan perkataan lalu.
2. Ayat tersebu betul.
Tatabahasa25.05.2015
Ini merupakan soalan PT3.Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat tersebut? 1.Polis sudah mengetahuiakan rahsia kumpulan kongsi gelap itu. 2.Buku itu dia karang mengambil masa 10 tahun.1. Pilihan kata terbitan yang betul ialah mengetahui - Polis sudah mengetahui rahsia kumpulan kongsi gelap itu.
2. Binaan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah - Buku itu dikarang oleh dia dalam masa 10 tahun.
Walau bagaimanapun sila rujuk pihak sekolah untuk mendapatkan skema jawapan yang betul.
Tatabahasa19.06.2018
Yang manakah adalah ayat yang betul? Jika terdapat kesalahan, bolehkah tuan menerangkan sebab kesalahan tersebut: 1) gerai ini menjual pelbagai barangan daripada makanan, pakaian hingga barangan perhiasan. 2) kita sedang berada pada/di ketinggian 10 000 kaki 3) tambang dikenakan untuk/ke atas setiap penumpang setiap hala (per passenger per way) 4) bayaran penyertaan yang dikenakan kepada/ke atas/untuk setiap peserta ialah sebanyak RMXXX 5) nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan program kesetiaan kami terima kasih

1. Gerai ini menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barangan perhiasan. (kata sendi nama 'daripada'  dan hingga tidak sesuai digunakan)
2. Kita sedang berada pada ketinggian 10,000 kaki (Sendi nama 'pada' dalam ayat ini  merujuk keterangan waktu atau masa manakala 'di' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap)
3. Tambang pergi balik dikenakan kepada setiap penumpang (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek dan ke atas pula menunjukkan arah)
4. Bayaran penyertaan yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RMXXX. (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek)
5. Nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan proram kesetiaan kami (kedua-dua ayat ini betul) 1">

Tatabahasa18.02.2018
Abdul Hakam 28 OCTOBER 09:37 Abdul Hakam Abdul Assalammualaikum WBT. Bagaimanakah saya boleh dapatkan kesemua kertas kerja Wacana Kesultanan Melayu yang diadakan semalam? Terima kasih.Wassalam, Pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai atau pentadbir di Bahagian Majalah untuk bertanya berkenaan perkara tersebut. 1. Armin Azhari bin Saleh Jawatan Perancang Bahasa (S44) No. Telefon 03-2147 9259 E-mel armin@dbp.gov.my 2. Fauziah binti Yusof Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (KUP) (N22) No. Telefon 03-2147 9279 E-mel fauziahy@dbp.gov.my Terima kasih.Lain-lain27.11.2016
Kepada Yang Berkenaan, Saya mewakili syarikat Mayland Properties Sdn Bhd ingin membuat penyemakan nama bangunan yang akan kami gunakan pada sebuah kompleks membeli-belah di Putrajaya. Berikut merupakan nama-nama tersebut: 1. Sentro 2. Sentrum 3. Sierra Kami berharap agar pihak Tuan/Puan dapat membantu dalam memberikan penjelasan serta pandangan mengenai maksud nama-nama tersebut. Ini bagi memudahkan serta mempercepatkan lagi proses permohonon yang akan dihantar kepada pihak berkuasa. Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amatlah kami hargai. Sekian, Terima Kasih.1. Sentro = tiada dalam istilah Melayu
2. Sentrum = pusat bandar
3. Sierra = ejaan bahasa Melayu ialah "siera"
Tuan boleh menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa dalam Talian untuk mendapatkan sijil pengesahan, tetapi DBP tidak mengesahkan nama logo atau logo.
Istilah22.04.2015
Salam sejahtera, dalam konteks penulisan rubrik mempunyai tahap 1,tahap 2, tahap 3 dan selanjutnya, adakah kata "tahap 1" tersebut dikira sebagai kata nama khas yg perlu menukis huruf besar pd awal hurufnya seperti "Tahap 1"? Sekian, terima kasih.Menurut data kami perkataan tahap merupakan kata umum dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks dalam ayat. Sekiranya perkataan tersebut sebagai tajuk, pangkal perkataan mestilah ditulis dengan huruf besar.Lain-lain16.12.2019
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas