Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.dut] | ترسدوت

Definisi : terhisap (dgn kekuatan udara) masuk kerana disedut: maka darah itu dgn serta-merta ~ masuk ke dlm tiga pembuluh besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absorptionserapanKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses cecair tersedut ke dalam liang-liang yang terdapat di dalam pepejal. Apabila bahan binaan yang berliang itu didedahkan kepada kelembapan, maka air akan terserap ke dalam bahan tersebut. Berat air yang terserap ini dibandingkan dengan berat pepejal untuk mendapatkan peratus serapan. Mengikut piawaian British BS 3921, bahan binaan seperti blok konkrit atau bata bakar dikelaskan kepada tiga darjah serapan iaitu kurang daripada 7% (rendah), 7% - 12% (pertengahan) dan lebih daripada 12% yang dianggap sebagai serapan tinggi.
berylliosisberiliosisPerubatanTiadaRadang paru-paru akibat tersedut zarah-zarah berilium oksida.
berylliosisberiliosisKejuruteraanTiadaRadang paru-paru akibat tersedut zarah-zarah berilium oksida.
zinc salt poisoningkeracunan garam zinkKimiaForensikKeracunan akibat termakan atau tersedut garam zink terlarut, misalnya zink klorida dan zink sulfat. Gejala keracunan termasuk rasa pedih pada mulut dan kerongkong, muntah, cirit-birit, sakit abdomen dan dada, dan dalam kes teruk, kejutan dan koma. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L.
acid aspiration syndromesindrom aspirasi asidPerubatanTiadaSindrom yang dialami pesakit apabila tersedut asid gaster yang masuk ke dalam saluran pernafasan. Sindrom ini boleh menyebabkan kegagalan fungsi respiratori. Sinonim sindrom Mendelson.
bronchitisbronkitisHerbaPemiawaianRadang pada tiub bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan bakteria. Komplikasi penyakit lain, seperti campak atau influenza juga boleh mengakibatkan keadaan ini. Bronkitis boleh dirawat dengan menggunakan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra).
meconium aspiration syndromesindrom aspirasi mekoniumKejururawatanTiadaKeadaan yang dialami oleh bayi baru lahir disebabkan tersedut mekonium semasa proses kelahiran.
diethylene dioxidedietilena dioksidaKimiaForensikFormula kimia, C4H802' Cecair tanpa warna, stabil, larut campur dengan air dan kebanyakan pelarut organik, takat didih 10 1.3�C, toksik apabila tersedut dan terserap melalui kulit. Had toleransi terhadap bahan ini ialah 25 ppm. Cecair ini bersifat karsinogen, dan mudah terbakar. Antara kegunaannya adalah sebagai pelarut selulosa asetat, etil selulosa, benzil selulosa, resin, minyak, lilin, penanggal cat dan varnis, dan penstabil pelarut berklorin. Sinonim dioksan.
foot valveinjap kakiKejuruteraanPetroleumSejenis injap sehala yang dipasang pada hujung alur masuk paip penyedut yang terdapat pada pam. Dengan adanya injap ini, pam berkenaan akan tetap penuh dengan cecair di dalamnya apabila pam tidak berada dalam keadaan beroperasi kerana cecair hanya boleh tersedut masuk ke dalam pam tetapi tidak boleh keluar pada tempat yang sama semasa pam tidak beroperasi. Dengan demikian, beberapa masalah yang boleh timbul akibat aliran balik cecair di dalam pam boleh dihindari seperti masalah kakisan komponen atau bahagian dalam pam.
intake strokelejang pengambilanKejuruteraanKejuruteraan MekanikFasa kemasukan bendalir ke dalam silinder enjin pembakaran dalam, pam dan pemampat ketika omboh bergerak dari pusat mati atas (TDC) ke pusat mati bawah (BDC). Ketika ini, injap masukan terbuka manakala injap ekzos tertutup. Bendalir seperti gas, udara atau campuran udara dengan bahan api akan tersedut masuk memenuhi ruang silinder.
12

Kembali ke atas