Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.la.mat] | ترسلامت

Definisi : terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terselamat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DANTON, GEORGES JACQUES

Danton, Georges Jacques (1759–1794)

ialah pemimpin Revolusi Perancis yang terkenal.

Dasar Danton ialah, “berani, lebih berani,

selamanya berani, dan Perancis akan terselamat!”

Mungkin dia juga yang bertindak lebih bagi

melahirkan dan mempertahankan Republik

Perancis berbanding dengan orang lain. Walau

bagaimanapun, Danton bertanggungjawab

terhadap pembunuhan beramai-ramai, yang

dikenali sebagai zaman Reign of Terror,

kerana dia menganggapnya perlu demi untuk

menyelamatkan negaranya.

UMUM 
ORANG HELVETIA

Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah

tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya

Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam

orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia

cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun

58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai

orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa

pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja

Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M.,

kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland.

Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat

Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang

penduduk di barat Switzerland yang berbahasa

Perancis merujuk kawasan mereka sebagai

Helvetia.

UMUM 
MIRA BAI

Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan,

utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam

keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri.

Namun dia meninggalkan segala kemewahan

hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya

pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya

sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan

masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu

yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang

membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi

memuji Krishna menyebabkan keluarganya

memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba

meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia

telah terselamat.

UMUM 
PRAGUE

Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat

kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting.

Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa

Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua

dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di

Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat

Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali

sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat

banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah

sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah

yang terselamat daripada kerosakan besar dalam

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
MONT PELÉE

Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di

bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat

Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut.

Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902,

selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah

lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan

cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter

terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak

menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu

runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas

mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint-

Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh.

Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam

bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan

Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung

berapi di atas Mont Pelée.

UMUM 
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM 

Kembali ke atas