Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.la.mat] | ترسلامت

Definisi : terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terselamat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secured terminalpangkalan terselamatKejuruteraanTiadaTiada
hold overdiapos; pokok terselamatPerhutananTiadaTiada
المحكمḤadīth muḥkamAgama IslamHadithḤadīth yang diterima yang dianggap terselamat daripada bertentangan dengan Ḥadīth yang setaraf dengannya.
civil defencepertahanan awamSejarahTiadaTindakan tertentu yang diambil sebagai langkah untuk menjaga ketenteraman awam, harta awam dan memastikan kedudukan awam terselamat dan autoriti atau pihak berwajib awam, sekiranya berlaku kekacauan.
intrinsically safeselamat hakikiTeknikElektrikBerkenaan peralatan atau litar yang dibina sedemikian rupa untuk meminimumkan kemungkinan berlakunya bahasa. Contohnya, penutup peralatan dibina sepenuhnya daripada bahan penebat supaya kebocoran peralatan tidak akan tersebar ke luar dan pengguna terselamat daripada kejutan elektrik.
anthocyaninantosianinBiologiEkologiGlukosa larut air yang membentuk pigmen sap yang berwarna perang-biru, khususnya dalam bunga atau pucuk daun, seperti dalam famili Myrtaceae dan famili Ericaceae. Pigmen ini tidak termusnah oleh sinaran ultraungu yang tinggi, seperti sinaran ultraungu di tepi pantai atau di atas gunung, dan dengan demikian pucuk daun terselamat dan boleh membesar.
merge and purgegabung dan sisih (iklan)KomunikasiKorporatProses membuat saringan terhadap senarai pesanan barangan yang diterima daripada pelanggan yang dilakukan melalui pos. Syarikat pengeluar yang melaksanakan pengiklanan melalui pos kana menerima tempahan barangan daripada pelanggan. Pihak syarikat akan menyaring setiap tempahan bagi memastikan tidak berlaku pertindihan senarai pelanggan yang sama dan memastikan pelanggan tersebut adalah pemesan yang sebenar. Faedah menggunakan proses ini ialah pihak pengeluar akan dapat berurusan terus dengan pelanggan tanpa menggunakan orang tengah. Selain itu, pengeluar juga boleh mengetahui latar belakang pelanggan bagi memudahkan urusan perniagaan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, proses penyaringan ini tidak menjamin pihak pengeluar barangan terselamat daripada pemesanan palsu.
morality playsusilawaraKomunikasiKorporatSejenis drama pentas yang pelakon utamanya berperanan sebagai penyelamat. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang dilakonkan melalui watak yang bersifat baik dan jahat. Persembahan dialog bergantung sepenuhnya kepada skrip yang disampaikan secara beretika dengan nada suara dan gaya watak. Kebanyakan mesej dipengaruhi unsur ketuhanan dan kemuliaan, serta mengutamakan nilai kemanusiaan, keagamaan dan moral seperti hubungan baik sesama manusia. Persembahan yang sentiasa diakhiri dengan watak baik dan mulia akan memperoleh kemenangan dan kejayaan. Dari segi watak dan dialog, pelakon utama akan mendominasi keseluruhan cerita. Dari segi sejarahnya, susilawara dipersembahkan di dalam dewan tertutup dengan plot cerita melalui empat peringkat, iaitu kemurnian-berdosa-penyesalan-terselamat daripada bencana. Pada masa kini, susilawara berkembang dengan kemasukan unsur jenaka dan dipersembahkan secara terbuka.

Kembali ke atas