Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.lin.dung] | ترسليندوڠ

Definisi : tertutup (dr pemandangan), tersorok, tersembunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selindung
Kata Terbitan : berselindung, terselindung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, jangan terkalahkan oleh cabaran. Ingatlah, kejayaan sering kali terselindung di sebalik usaha dan ketekunan yang tidak diketahui orang. Tanpa mengira di mana dan pada bila-bila masa, yakinlah kepada kebolehan diri sendiri, pasti kalian dapat mencipta keajaiban yang menjadi milik sendiri. Adakah ucapan ini betul dari segi tatabahasa dan adakah ayat gramatis? Saya bimbang akan kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa.Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, berani menempuh cabaran. Sesungguhnya, kejayaan terselindung di sebalik usaha dan ketekunan. Yakinlah akan kebolehan diri sendiri, pasti kalian akan dapat mencipta keajaiban di sebaliknya.Tatabahasa19.01.2024
salam 1 Malaysia. saya memohon penjelasan sama ada perkataan 'disebalik' dalam ayat berikut perlu dijarakkan atau digabungkan: 1. Disebalik kejayaan pelajar di peringkat antarabangsa 2. Disebalik pelbagai pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan, tugas mengajar adalah sesuatu yang ‘unik’ berbanding dengan kerjaya yang lain terima kasih. sekian. sekian terima kasih.Untuk makluman, perkataan di sebalik yang membawa maksud pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara, mesti dieja dengan cara menjarakkan kedua-dua perkataa tersebut dan tidak boleh dirapatkan.Tatabahasa03.12.2015
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
Tuan, saya agak keliru tentang penggunaan perkataan 'sedikit banyak' yang digunakan oleh beberapa penerbit buku di negara kita. Adakah penggunaannya betul, bukan 'sedikit sebanyak'? Begitu juga dengan penggunaan perkataan 'di sebalik kejadian itu' dan 'di balik kejadian itu'. Yang manakah paling tepat? Sekian, terima kasih.Frasa sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya membawa makna lebih kurang. Oleh itu, tiada masalah dalam penggunaan frasa mana yang lebih digemari. Hal ini tidak sama bagi frasa di balik dan di sebalik. Di balik bermaksud di belakang, manakala di sebalik bermaksud pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara. Frasa yang betul ialah di sebalik kejadian.Tatabahasa27.11.2012

Kembali ke atas