Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sem.bul] | ترسمبول

Definisi : 1. meng­anjur atau menonjol keluar (hujung atau kepala sesuatu drpd lubang, liang, permukaan, dll): mata yg tersembul spt mata buaya; 2. menampakkan diri, menjongol, timbul: kepala buaya yg tersembul di tepi air; sebelum sedan itu meluncur, lelaki segak itu ~ keluar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sem.bul] | ترسمبول

Definisi : tertonjol ke luar: Sebiji bisul ~ di pangkal pahanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersembul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
knee rootakar lipatBiologiEkologiAkar yang tumbuh dalam kawasan paya yang tersembul di permukaan air. Di kawasan akar yang tersembul itu terdapat pneumatofor atau liang untuk pertukaran udara. Misalnya, akar pokok api-api, Avicennia sp. Yang tumbuh dalam kawasan paya bakau.
overshot jawrahang tersembulPerikananTiadaTiada
flare (ship)kembanganKejuruteraanTiadaBahagian yang tersembul pada pembuka hon, loceng atau trumpet yang dipasangkan pada unit pembesar suara.
coxal glandkelenjar koksaBiologiEntomologiStruktur kelenjar yang tersembul di pangkal kaki serangga tertentu. Struktur ini berkembang pada sesetengah serangga Thysanura.
endoascusendoaskusBiologiMikologiMembran sebelah dalam askus yang tersembul setelah memecahkan ektoaskus, misalnya pada askomiset tertentu. bd. ektoaskus.
xylostromaxilostromaBiologiMikologiStruktur baik stroma yang keras, berwarna hitam, dan tersembul keluar dari celah kulit kayu atau akar yang diserang oleh kulat patogen, misalnya Armillaria mellea.

Kembali ke atas