Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sem.bu.nyi] | ترسمبوڽي

Definisi : tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Berlurah di balik pendakian.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jerat serupa jerami.Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berlurah di balik pendakian.Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakar tak berbau.Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada udang (= berudang) di balik batu.Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api makan sekam (= dedak).Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api makan (= dalam) sekam.Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang lahir memperlihatkan yang batin.Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak berudang di balik batu, tak berorang di balik aku.Tidak ada maksud yang tersembunyi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas