Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.na.rai] | ترسناراي

Definisi : tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cintapuri tersenarai dalam daftar rumi jawi PRPM tetapi tiada takrif. Apakah takrif cintapuri?

Menurut sumber DBP, perkataan cintapuri tidak mempunyai takrif, walau bagaimanapun, menurut Kamus Pelajar Edisi kedua, perkataan puri bermaksud rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit. Oleh itu, perkataan ini mungkin bermaksud atau merujuk kepada sesuatu tempat.

Istilah20.06.2018
Betau dan matau tidak tersenarai dalam Kamus Dewan, ia tersenarai dalam istilah PRPM dan kamus Inggeris-Melayu Dewam tetapi tiada takrif, sekadar padanan sahaja.Tiada makna khusus bagi kedua-dua perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami, perkataan tersebut ditemukan dalam frasa terjemahan seperti timber yard - matau kayu dan skidway - betau penaik.Lain-lain03.04.2018
Mohon penjelasan penggunaan kata sendi nama -di - dalam ayat di bawah.. 1. Seperti yang tersenarai di dalam atau dalam kertas kerja yang dilampirkan bersama ini. 2.Isi tempat kosong di dalam ruangan yang disediakan.Ayat yang betul ialah:
1. Seperti yang tersenarai dalam kertas kerja yang dilampirkan bersama ini.
2. Isi tempat kosong dalam ruangan yang disediakan.
Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam" kerana surat dan borang bukanlah objek yang mempunyai ruang fizikal yang jelas seperti kotak yang menggunakan frasa "di dalam".
Tatabahasa26.09.2014
Tuan, adalah terdapat perbezaan maksud bagi ayat apabila perkataan 'hanya' diletakkan di tempat yang berbeza iaitu: 1. Seseorang pegawai hendaklah "hanya" menjalankan tatacara yang tersenarai sahaja 2. Seseorang pegawai hendaklah menjalankan tatacara yang "hanya" tersenarai sahajaPerkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja'  kerana dianggap lewah. Maka ayat tuan/puan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut:
(a)   Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut.    Atau
(b)   Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. 
Tatabahasa08.03.2018
Antara dua ayat yang berikut yang manakah betul. 1. Hanya nama mereka yang tertulis namanya layak mendapat bantuan kewangan. 2. Hanya nama mereka yang tersenarai namanya layak mendapat bantuan kewanganKedua-duanya kurang tepat, ayat yang betul ialah; "Hanya mereka yang tersenarai namanya layak mendapat bantuan kewangan".Tatabahasa10.08.2009
Salam sejahtera, Saya ingin lebih memahami, apakah kriteria sesuatu perkataan dapat tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus. Kerana saya lihat ada beberapa pertkataan yang tidak saya duga di klasifikan sebagai bahasa pasar (bp), tetapi ternyata sebaliknya. Contoh sepert: "ujan" "bapak" dll yg mana begitulah perkataannya di ucapkan dalam ranah tidak rasmi, dengan penghilangan "h" pada "hujan" dan penambahan "k" pada "bapa". Manakala perkataan seperti berikut tidak tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus: "paham", "pikir", "bawak", "pulak","utang" Dan saya pasti masih ada banyak perkataan lainnya. Dengan jawapannya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah
Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing.

Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. 

Tatabahasa07.04.2020
Adakah semua contoh yg tersenarai mengikut bentuk kata nama tersebut betul. terima kasih

Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan lanjut.

Tatabahasa22.10.2009
public listed componysyarikat tersenarai awamIstilah09.01.2012
Takrif 'fulamak' dan kenapa ia hanya tersenarai dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan dan tiada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4?

Merujuk soalan yang tuan kemukakan berkenaan dengan perkataan ‘fulamak’ dalam Kamua Inggeris Melayu Dewan, perkataan tersebut merupakan padanan untuk kata “buggered” dan diambil sebagai tujuan terjemahan. Dalam kamus baharu yang sedang di peringkat akhir penyemakan pruf, pihak kami ada memasukkan perkataan tersebut sebagai entri dan diolah seperti yang berikut:

 

fulamak

فولامق

[fu×lA×mA/]

slgsrkata utk menyatakan rasa kagum atau seronok:Fulamak! Senyuman manjanya membuat hatiku bergelora. 

 

Makna20.09.2018
Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih.1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah.

2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh.

Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi.

Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.



Tatabahasa07.01.2014
123456

Kembali ke atas