Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendat (adjektif)
1. Bersinonim dengan ketat: sempit, sama padan, terik, sepan, kiat, serat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan penuh: tumpat, penuh sesak, padat, sebu, sebak,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : menyendat, tersendat, tersendat-sendat, kesendatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sendat1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul, tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia; menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu; menyendatkan menjadikan sendat, me­nyum-batkan; tersendat 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; kesendatan keadaan sendat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersendat1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pampat1. tidak berongga, padat, tumpat; 2. Jk tidak mengalir, tersendat, tersumbat; memampat menjadi pampat; memampatkan menumpatkan, memadat­kan, mengasak; pemampat penekan, pengasak.Kamus Dewan Edisi Keempat
mampat I1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
serak I1. parau atau garau (suara): makin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yg akhir; ~-~ basah agak serak suaranya (tetapi sedap didengar); 2. tersendat jalan pernafasannya (spt orang kena selesema, berdahak, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas