Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersentak;

Puisi
 

Sayang senduduk pengail talang,
     Kain buruk kami tapiskan;
Tersentak tidur tengah malam,
     Bantal peluk saya tangiskan.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kita acap kali tersentak oleh kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Adakah perkataan 'tersentak' sesuai digunakan dalam ayat ini?

Perkataan “tersentak” sesuai digunakan. Ayat yang lebih tepat ialah “Kita acap kali tersentak dengan berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa”.

Tatabahasa14.01.2022
Yang mana yang tepat: a) Mamat tersentak mendengar berita itu, "Apa maksud awak?" b) Mamat tersentak mendengan berita itu. "Apa maksud awak?"Dua-dua boleh digunakan, walau bagaimanapun yang lebih persis ialah (a)Tatabahasa24.11.2011
Why do we jerk foward when a car stops suddenly? Mengapakah kita terkedepan apabila kereta berhenti tiba-tiba? atau Mengapakah kita tersentak ke depan apabila kereta berhenti tiba-tiba? Terjemahan yg manakah paling sesuai?

Terjemahan yang lebih gramatis adalah dengan memasukkan perkataan “dengan”.

 

 “Mengapakah kita tersentak ke depan apabila kereta berhenti dengan tiba-tiba?”
Penyemakan dan penterjemahan19.10.2018
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang

Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan.

Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; 

Makna31.07.2009
Selamat sejahtera, apakah maksud "refleks" menurut DBP? Mengapakah perkataan itu tiada entrinya dalam PRPM tetapi terdapat penggunaannya pada entri "sudut refleks"? Bolehkah perkataan "refleks" ini digunakan? Sekian, terima kasih.
Kata refleks ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) dan penggunaannya adalah dalam bidang khusus terutamanya dalam bidang Perubatan (Pbt), dan olahannya adalah seperti yang berikut: 

refleks ريفليک س [re⋅fleks] Pbt n pergerakan yg tidak terkawal yg dicetuskan oleh sst rangsangan dr dalam atau pd permukaan tubuh, mis batuk, lutut tersentak apb diketuk, atau tangan ditarik apb terkena benda panas.
Lain-lain23.06.2021

Kembali ke atas