Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.nyum] | ترسڽوم

Definisi : melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.nyum] | ترسڽوم

Definisi : me­lahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersenyum

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bolehkah tuan terangkan perbezaannya antara senyum dan tersenyum? mengapakah dia senyum lebar salah? perlu dia tersenyum lebar? terima kasih.

Dalam Kamus Pelajar tersenyum bermaksud  melahirkan rasa gembira dan lain-lain dengan memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit). 

Senyum pula bermaksud gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara.
Klausa tersenyum lebar lazim digunakan berbanding senyum lebar. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa16.07.2020
Ayat : Puan Hani tersenyum. Sesuaikah penggunaannya dalam ayat kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?Tersenyum merupakan kata kerja kerja tak transitif yang tidak memerlukan pelengkap.Kata kerja tersebut mempunyai makna yang sempurna. Ayat "Puan Hani tersenyum" sudah gramatis dan bermakna.Tatabahasa07.03.2013
Asnor tersenyum bangga apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas bagi kategori murid terbaik di sekolahnya. Adakah penggunaan perkataan "dinobatkan" sesuai digunakan dalam ayat di atas?terima kasih.

Sdr. Ming,

Perkataan nobat tidak sesuai digunakan sebaliknya yang lebih tepat ialah diistiharkan atau diumumkan.

Tatabahasa28.09.2010
'Zaidah tersenyum ( apabila / kerana ) dipuji oleh kawan-kawannya.' Manakah yang betul? Mengapa? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks dan situasi, "apabila" bermaksud "semasa/sewaktu" manakala "kerana" bermaksud "sebab".Tatabahasa21.10.2009
Salam sejahtera. Adakah kata hubung ‘apabila’ dan ‘bila’ dapat digunakan di permulaan ayat? Contohnya: 1. Bila loceng sekolah berbunyi, murid-murid bergegas ke kantin sekolah. 2. Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar.Ayat yang betul ialah Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar, ayat penyata. Bila digunakan dalam ayat tanya, seperti Bilakah anda berpindah?Tatabahasa23.10.2020
Salam, saya ada satu persoalan tentang perkataan "senyum". Mohon PRPM beri tunjuk ajar. 1. Dalam bahasa Melayu (BM), wujud atau tidak perkataan ‘bersenyum’? 2. Dalam Kamus Dewan, yang ada cuma ‘tersenyum’. Akan tetapi, dalam korpus PRPM, ‘bersenyum’ didapati ada dalam BM. Jika kedua-dua bentuk ini wujud, apakah perbezaan makna antara ‘ber-‘ dan ‘ter-‘ yang digabungkan dengan ‘senyum’? 3. Adakah ‘senyum’ kata kerja tak transitif tanpa pelengkap? Sekian, terima kasih.Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan bersenyum. Perkataan yang ada ialah tersenyum yang bermaksud melahirkan senyum. Perkataan 'bersenyum' cuma terdapat dalam pantun Melayu lama. Tidak semua perkataan mempunyai imbuhan 'ter' dan 'ber'. Contoh perkataan lain yang tidak mempunyai imbuhan "ber" tetapi mempunyai imbuhan "ter" ialah tergelak (tidak ada bergelak), tertawa (tidak ada bertawa) dan tergendala (tidak ada bergendala). Tersenyum ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah terjatuh dan terduduk.Ejaan16.04.2012
1. Adakah betul ayat ini " Saya tersenyum apabila tiap kali pulang..." perkataan tiap bukankah sepatutnya ditukar kepada perkataan setiap atau tiap-tiap kerana perkataan tiap tidak mempunyai maksud. Tlg jelaskan alasannya. 2. nyatakan sebab kesalahan penggunaan bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu? sebagai contoh : Saya perlu bergerak ke check point seterusnya. 3. Adakah titian Siratul Mustaqim kata pinjaman arab dalam bahasa Melayu? Berikan alasan yang jelas. 4. "RAKAN saya" adakah ayat ini boleh dikatakan kesalahan bahasa kerana menggunakan huruf besar?1. Klausa tersebut betul kerana tiap sama maknanya dengan setiap dan tiap-tiap.
2. Terjemahan check point dalam bahasa Melayu ialah tempat pemeriksaan. Oleh itu, penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam ayat tersebut menjadikan bahasa yang bercampur-campur atau disebut bahasa rojak.
3. Perkataan siratalmustakim dipinjam daripada bahasa Arab.
4. Kesalahan penggunaan tanda baca. Perkataan rakan ialah kata umum dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali apabila kesemua perkataan ditulis dengan huruf besar.  
Tatabahasa23.03.2012
Salam, Soalannya, Bakri.........malu apabila dipuji oleh gurunya. (tersenyum-senyum atau tersipu-sipu)Tersipu-sipu.Tatabahasa26.10.2010
Saya masih kurang faham tentang pertanyaan sebelum ini dan saya lampirkannya. Mengapa ada contoh ayat "Senyumlah kepada saudara anda" dan itu tepat tapi "Mengapa awak tersenyum pada ikan itu?" Saudara dan ikan ialah frasa nama bukan? Boleh huraikan dengan lebih lanjut? Ayat ini juga saya selalu jumpa. "Apa terjadi kepada / pada awak?" Bukankah yang betul ialah kepada?Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Penggunaan yang betul ialah perkataan kepada kerana ikan dalam ayat, Mengapa awak tersenyum kepada ikan itu? dan awak dalam ayat, Apakah yang terjadi kepada awak? merupakan sasaran. Salah satu daripada fungsi kata sendi nama kepada adalah untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.Tatabahasa20.08.2021
Tuan, adakah sama erti kata "senyum" dengan kata "senyuman"?Senyum, senyuman dan tersenyum mempunyai makna yang hampir sama, namun konteks penggunaan setiap kata mempunyai sedikit perbezaan. Sila rujuk kamus untuk melihat konteks penggunaan kata tersebut.Makna05.05.2015
1234

Kembali ke atas