Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.nyum] | ترسڽوم

Definisi : melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.nyum] | ترسڽوم

Definisi : me­lahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersenyum

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Gelak tersenyum burung jelatik, Nampak serindit membeli rebung; Hendak mencium hidungnya pesek, Hendak menggigit gigilah ompong.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Beri kami sekuntum, Bunga tangan Era; Adik suka tersenyum, Penawar duka lara.Pantun Melayu SarawakKasih
Pohon bidara menjulang tinggi, Umbi pokoknya sudah berbanir; Tersenyum dara tunduk ke bumi, Ibu jari menguis pasir.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur.Pantun Melayu SarawakKasih
Batang pepaya berputik belum, Bila berulat lekas dipancung; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat emas segunung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang pepaya putik berkuntum, Berbunga lebat jangan disentuh; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat durian runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari muara mudik ke hulu, Sambil menyanyi mendayung sampan; Belum bersuara tersenyum dulu, Menambah seri wajah rupawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambutan setangkai ranum, Mari dimakan bulan puasa; Tuan ketawa saya tersenyum, Hendak ditegur belum biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas