Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ser.lah] | ترسرله

Definisi : menyerlah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ser.lah] | ترسرله

Definisi : 1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serlah
Kata Terbitan : menyerlah, terserlah, menyerlahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan maksud antara 'tertonjol' dengan 'terserlah'? satu soalan lagi, apakah perbezaan maksud antara 'dipersendakan' dengan 'dipermainkan'?Pebezaan maksud:
1. tertonjol = teranjur, tersembul; cnotoh: Perutnya kelihatan tertonjol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
2. terserlah = kelihatan berseri (berkenaan kecantikan dll.); kelihatan nyata berscahaya (bkn. bulan dll.); Kecantikannya terserlah selepas disolek oleh mak andam. 2. Kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn. bakat dll.); Kebolehannya terserlah dlm. persembahan yang menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
3. dipermainkan/dipersendakan= mempunyai maksud yang sama.
Istilah10.06.2014
mengapakah kata ini 'terserlah', bukan ditulis dengan 'teserlah'? Sebelum ini, saya mendapat tahu bahawa kata 'bekerja' dan 'peserta' digugurkan imbuhan 'ber' dan 'per'( 'r') kerana suku kata pertama mempunyai 'er' .Mengikut rumus tatabahasa, kata kerja terserlah wujud hasil gabungan awalan ter- dengan serlah dan kata nama peserta wujud hasil gabungan awalan pe- dengan serta. Kata kerja bekerja wujud hasil gabungan awalan ber- dan kerja, tetapi huruf r dalam gabungan kata kerja tersebut luluh dan terhasillah bekerja. Bekerja ialah kekecualian dalam bahasa Melayu dan kekecualian ini tidak banyak, hanya beberapa perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa24.04.2014
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008
"kesinambungan kerjaya beliau terserlah" adakah frasa tatabahasa tersebut betul?Dari segi tatabahasa, frasa ini betul tetapi dari segi semantik, frasa ini tidak ada makna. Kamus Dewan mentakrifkan kesinambungan sebagai  perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan.Tatabahasa22.07.2010
Tuan, bolehkah perkataan "kemachoan" digunakan? Dalam konteks sifat macho seorang lelaki. Cth. "Kemachoan lelaki itu terserlah". Terima kasih.Dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan "maco" dilabelkan sebagai bp, iaitu bahasa perckapan. Oleh sebab itu, perkataan "maco" atau "kemacoan" tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi dan tidak boleh digunakan.Makna18.09.2012
Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut.Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.12.2009
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat.Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan.  Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. Makna05.01.2019
Cadangan: Di negara-negara Asia timur seperti Jepun,Korea,malahan di rantau Asia seperti China,Thailand,Loas,Vietnam,Filipina dsbnya meletakkan bahasa kebangsaan masing-masing di atas bahasa Inggeris,.Hal ini dapat dilihat pada singboard2 sama ada merujuk lokasi-lokasi mahupun iklan-iklan.Saya sebagai pencinta bahasa Melayu menyimpan hasrat dan cita-cita agar Malaysia mengorak langkah yang sama.hasrat kerajaaan memartabatkan bahasa Melayu boleh diambil melalui langkah tersebut.Oleh hal yang demikian, DBP diharap dapat memainkan peranan agar menjadi institusi yang lebih dinamik untuk merealisasikan cita-cita tersebut,sekian-matpapaya n gengDewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; memperkembangkan bakat sastera; mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan; membakukan ejaan dan sebutan; menggalakkkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Namun DBP belum diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Untuk itu DBP menggunakan kuasa yang sedia ada pada pihak berkuasa tempatan melalui undang-undang kecil iklan, peraturan dan garis panduan yang disediakan. DBP mengadakan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL bagi memastikan paparan di tempat awam menggunakan bahasa yang baik dan betul. DBP sentiasa berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan bergerak dalam ruang lingkup kuasa yang ada. Martabat bahasa kebangsaan lebih terserlah apabila digunakan dalam urusan kenegaraan untuk maksud rasmi dalam kalangan jabatan sektor awam, antara sektor awam dengan sektor swasta, dan antara sektor awam dengan orang awam. Lain-lain04.06.2011

Kembali ke atas