Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.siar] | ترسيار

Definisi : terbakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.siar] | ترسيار

Definisi : 1. telah dihebahkan (diumumkan, di­khabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana­mana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.siar] | ترسيار

Definisi : telah diumumkan ke merata-rata tempat melalui radio (surat khabar dll); telah diterbitkan dan disebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,

Peribahasa

Mulut tabuh dapat disumbat,
     mulut orang bagaimana menyumbatnya.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, puisi saya telah tersiar di dalam majalah tunas cipta bilangan 11. setelah tersiar saya mendapat email daripada e-banker tentang kemasukan honorarium. Malangnya setelah saya semak dengan bank tersebut. akaun bank saya telah tamat tempoh dah telah dimatikan. pihak bank mengatakan honorarium terbabit tidak masuk ke dalam akaun bank saya tetapi dikembalikan semula pada pihak dbp. persoalannya, bahagian dbp mana yang saya perlu rujuk tentang permasalahan ini? adakah saya tidak akan dapat honorarium tersebut? terima kasih.Waalaikumussalam tuan. Terlebih dahulu, kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Noorisa Abdul Khlil, editor majalah Tunas Cipta melalui e-mel sitinoorisa@dbp.gov.my  

Terima kasih.
Lain-lain27.11.2020
(1)Berita tentang kejayaan Hafiz tersiar di / dalam halaman depan akhbar Berita Harian. Tuan, dalam ayat di atas, kata sendi nama "di" atau "dalam" lebih sesuai digunakan? Saya berfahaman bahawa kata sendi nama "dalam" lebih tepat kerana frasa "halaman depan akhbar Berita Harian" ialah suatu ruang yang abstrak, jadi untuk menyatakan kedudukan sesuatu benda berada di dalam ruang yang abstrak, kata sendi nama "dalam" digunakan. Apakah fahaman tuan?Berita tentang kejayaan Hafiz tersiar pada halaman depan akhbar Berita Harian.

Tatabahasa27.12.2014
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim

Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah  (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my).

Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Lain-lain02.05.2018
Asslmwbkth Saya hendak menerbitkan semula sebuah puisi saya yg tersiar dlm Dewan Sastera ke dalam bentuk Antologi Puisi Peribadi...saya difahamkan perlu mendapat keizinan dpd bahagian Harta Intelek...boleh saya dapatkan no talipon dan siapa yang boleh saya hunungi?Sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain12.05.2015
Salaam. Saya mencari istilah BM bagi istilah ini 'published writer' penulis yang hasilnya tersiar? atau apa ya? terima kasih?Padanan bahasa Melayunya ialah penulis mapan.Istilah08.05.2008
Apakah terjemahan yang tepat bagi "published rate" (istilah harga bilik hotel) dalam bahasa Melayu?kadar tersiar atau kadar sewa penuh.Tatabahasa30.07.2007
apakah yang dimaksudkan dengan 'persuratan'?Persuratan: perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu.Makna16.09.2009
Adakah sajak Tetamu Senja karya A. Samad Said, merupakan salah satu sajak terbitan DBP?Sajak "Tetamu Senja" karya Sasterawan Negara A. Samad Said pertama kali telah tersiar dalam Utusan Zaman , 3 November 1955. Sajak ini kemudian telah dimasukkan dalam Kumpulan Puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dan diberi Kata Pengantar oleh Dharmawijaya terbitan Utusan Publications & Distributors tahun 2005.Terima kasih.Lain-lain18.02.2010
Apakah perbezaan halaman dengan muka surat

Halaman dan muka surat kedua-duanya membawa maksud yang sama,iaitu halaman (buku)/muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak.

Lain-lain08.10.2010
Terdapat 2 fenomena menarik berkaitan bahasa minggu ini. i. Pada 22 Februari 2014, TV3 mengadakan program "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur". Saya berpendapat mengikut tatabahasa yang betul sepatutnya. "ANUGERAH FESTIVAL DRAMA KUALA LUMPUR". ii. Pada 23 Februari 2014, tersiar dalam Berita Perdana di TV 1, RTM dan Berita Harian akan menyiarkan kembali rancangan `Mini Parlimen' yang popular pada era 1980-an. Mengikut hukum DM, sepatutnya 'PARLIMEN MINI'. Sekiranya berlaku ketidaktepatan atau kesilapan tatabahasa ini, apakah tindakan susulan Jabatan Pengembangan Bahasa DBP. Kalau tidak dibetulkan dengan SEGERA, pasti kesilapan ini akan berterusan dan menjadi contoh tidak baik kepada pengguna bahasa.Terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk memaklumkan kesilapan ini. Terima kasih sekali lagi.Lain-lain24.02.2014
12

Kembali ke atas