Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGHIBURAN

1.25pt 0pt 0in" class=MsoNormal>PENGHIBURAN, majalah sastera.  Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak.  Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali.  Ia diterbitkan dua kali sebulan.  Penghiburan agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen.  Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama.  Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [lih. j. AHMAD NAWAWI MOHD. ALI]

SASTERAPenerbitan
BOKOR HUTASUHUT

BOKOR HUTASUHUT  (1934-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia.  Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua).  Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah Waktu  dan Pelangi  di Medan (1955-1962).  Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966).  Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung.  Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an.  Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an.  Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra.  Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah  Datang Malam (1963).  Sedangkan novelnya pula ialah Penakluk Ujung Dunia (1964) dan Tanah Kesayangan (1965).  Cerita bersirinya yang berjudul Pantai Barat menerima Hadiah Kedua majalah Sastra  (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988.

SASTERATokoh
SORI SIREGAR

SORI SIREGAR (1939-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 12 November 1939, di Medan, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Seri Sutan Sirovi Siregar.  Dia mendapat pendidikan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1959 dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Pegawai Staf Departemen Penerangan Tingkat Atas di Medan.

1">            Sori pernah bertugas sebagai editor Waspada Teruna  dan Duta Minggu di Medan, dan majalah Zaman dan Eksekutif di Jakarta.  Sori menulis cerpen sejak tahun 1960.  Kebanyakan cerpennya tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Sastera, Horison, Budaya Jaya, Selecta, Kartini, Femina, Famili, Dewi, Sinar Harapan dan Kompas.  Sori juga menyumbang tulisan kepada Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat di Malaysia.

SASTERATokoh

Kembali ke atas