Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.si.lap] | ترسيلڤ

Definisi : (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.si.lap] | ترسيلڤ

Definisi : tidak sengaja melakukan sesuatu yg salah; terkeliru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silap (adjektif)
Bersinonim dengan salah, khilaf, ralat, gawal, keliru, sesat, tidak benar, tidak betul, pelak;,
Kata Terbitan : menyilap, tersilap, kesilapan, penyilap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya keliru dengan pengunaan perkataan tersilap dihantar atau tersilap menghantar. Sudi menerangkan pengunaan perkataan dihantar dan menghantar. Bersama-sama ini dikemukakan surat daripada Mahkamah Tinggi Kuantan yang tersilap dihantar/ tersilap menghantar ke Kamar ini untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.Frasa yang betul ialah tersilap menghantar. Menghantar ialah kata kerja aktif dan dihantar ialah kata kerja  pasif dan kata kerja pasif lazimnya mendahulukan  objek asal sebagai keterangan seperti makanan dihantar kepada Ali. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk kata kerja aktif dan kata kerja pasif.Tatabahasa03.01.2014
Saya tersilap menulis alamat rumah saya dengan salah. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah Saya salah menulis alamat rumah saya atau Saya tersilap menulis alamat rumah saya.Tatabahasa04.04.2022
Salam Tuan, Saya tersilap hantar permohonan, macamana saya hendak membatalkannya? Disini saya lampiran fail utk rujukkan pihak tuan.Sila kemukakan permohonan baharu melalui dalam talian ke portal Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain30.01.2012
maaf bertanya, saya dah tersilap buat permohonan... seperti yg tertera pada lampiran, nama syarikat, adalah nama saya. perlu atau tidak untuk saya buat permohonan baru? tolong balas secepat mungkin yea/ terima aksihPada peringkat DBP puan tidak perlu mendapatkan pengesahan sekali lagi kerana tiada perubahan pada visual papan. Namun bergantung kepada PBT yang puan hantar sama ada sijil ini boleh digunakan atau tidak.Lain-lain30.01.2014
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
Assalamualaikum tuan. Saya ingin mendapatkan kepastian kerana takut tersilap. Berdasarkan gambar yang saya lampirkan, bolehkah pihak tuan senaraikan kata nama am konkrit, kata nama am abstrak, binaan frasa dan klausa yang didapati dalam petikan tersebut? Terima kasih tuan.

1. Kata nama am konkrit  contohnya, ‘badan’, ‘orang’, ‘tubuh’ dan lain-lain. Kata nama am abstrak  pula contohnya ‘kesihatan’, ‘segar’, ‘kecergasan’, ‘penyakit’ dan lain-lain.

2. Contoh binaan frasa dan klausa dalam petikan tersebut ialah (sukan (FN) + (memainkan peranan yang penting (FK) + untuk kesihatan badan dan kecerdasan otak (Frasa keterangan tujuan) . Untuk memahami lebih lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Tatabahasa04.03.2019
Saya amat menghargai slogan "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul". Sejauh manakah amalan slogan tersebut terpakai dalam memperbetulkan sebutan dan fahaman masyarakat yang tersilap sejak dahulu - merujuk kepada salah satu perkataan di dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar - iaitu perkataan "muhrim" dan "mahram"?Untuk makluman tuan, pelbagai program/aktiviti yang dijalankan oleh DBP bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain Khidmat Nasihat DBP yang membantu menyelesaikan hal berkaitan bahasa, sastera, penerbitan, korporat dan pentadbiran DBP, terdapat banyak program/aktiviti lain yang dilaksanakan oleh DBP. Antaranya ialah Khidmat Pengesahan Bahasa, Pantau Tegur Bahasa, program promosi seperti kerjasama dengan media elektronik dalam rancangan radio, Klinik Jawi, rujukan Siri Pedoman Bahasa dan Lembar Bahasa, serta banyak lagi. Tuan boleh melayari laman web DBP untuk mengetahui dengan lebih lanjut. DBP sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pengguna bahasa bagi memastikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara digunakan secara betul dan baik. Lain-lain12.09.2013
Bolehkah surat permohonan untuk lawatan di email atau difaks ?

Assalamualaikum

Kami tidak jelas apa yang puan maksudkan. Untuk menghantar surat permohonan dan lawatan menggunakan email atau faks tida masalah jika alamat email dan faks penerima betul. Jika tersilap alamat email atau no. faks permohonan puan akan jatuh ke tangan orang lain. Kemungkinan permohonan puan akan diketahui oleh orang yang tidak berkenaan jika difakskan. Oleh itu terserah kepada puan untuk memikirkan cara terbaik untuk menghantar permohonan sama ada menggunakan faks, email, pos atau hantar sendiri.

Lain-lain02.03.2010
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam puan,

Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek.

Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif.

Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas.
Tatabahasa25.01.2018
Tuan/Puan, Saya agak keliru bila dikatakan perkataan "Bekas" lebih sesuai digunakan kepada pegawai tinggi yang telah bersara berbanding perkataan "Mantan". Ini kerana bila disemak di Kamus DBP, perkataan "Mantan" digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. Oleh itu saya berpendapat perkataan "Mantan" yang lebih sesuai digunakan. Adakah pemahaman saya telah tersilap atau kedua-duanya boleh digunakan? Terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Tatabahasa14.02.2017
12

Kembali ke atas