Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.si.lap] | ترسيلڤ

Definisi : (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.si.lap] | ترسيلڤ

Definisi : tidak sengaja melakukan sesuatu yg salah; terkeliru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silap (adjektif)
Bersinonim dengan salah, khilaf, ralat, gawal, keliru, sesat, tidak benar, tidak betul, pelak;,
Kata Terbitan : menyilap, tersilap, kesilapan, penyilap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
typosquattingjebakan tipoTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKeadaan apabila pengguna web tersilap menaip ejaan nama domain semasa membuat carian lalu mereka didorong untuk melayari laman web lain yang serupa dengan nama domain yang didaftarkan dan terkenal.
posted out of course (POOC)pengeposan silapPentadbiran PerniagaanTiadaCara mengepos surat yang tersilap misalnya memasukkan surat berdaftar ke dalam peti pos.
fautes intentionelles ou seviles Per.silap hasratanKesusasteraanTiadaKesalahan yang terjadi disebabkan oleh kerana tersilap ucap dengan apa yang sebetulnya diinginkan. Contoh: cerita kenapa bangau kurus, sebenarnya ia meminta makan tujuh kali sehari tetapi terucapkan tujuh hari sekali.
R-loopgelung RBioteknologiTiadaKawasan di dalam molekul DNA bebenang ganda dua yang salah satu bebenangnya tersilap kedudukan dan berpasangan dengan bebenang berkomplemen RNA.
hamartiahamartiaKesusasteraanTiadaKesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�.
paracoustie (Bld.)silap dengarKesusasteraanTiadaKesalahan yang terjadi kerana silap dengar dalam tradisi lisan. Contoh: 1. Cerita orang yang meminta 'kuat kebal' tetapi tersilap dengar oleh hantu akhirnya diberinya 'kurap tebal'. 2. Kesilapan boleh berlaku ketika menulis cerita yang dituturkan oleh penutur secara lisan.
parodyparodiKesusasteraanPuisiPeniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?

Kembali ke atas