Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sing.gung] | ترسيڠݢوڠ

Definisi : 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sing.gung] | ترسيڠݢوڠ

Definisi : 1 terkena sedikit; tersentuh. 2 disakiti ha­tinya: Dia mudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgung
Kata Terbitan : bersinggungan, menyinggung, tersinggung,

Puisi
 

Burung perling matanya merah,
     Hendak memakan tempulur labu;
Sahabat menghilang nampak marah,
     Tersinggung kawan dalam kalbu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
Adakah ayat ini betul? Hatinya tersinggung pada kata-kata cacian itu.Hatinya tersinggung dengan kata-kata cacian.Tatabahasa24.10.2007
Ali berasa sungguh _________ kerana rakan baiknya sanggup menipunya a. terkilan b. tersinggung terima kasiha. terkilanTatabahasa12.07.2019
Tuan/Puan, Saya amat terkeliru kerana dikatakan yang istilah "insolvensi" tidak boleh digunakan sebagai terjemahan untuk "insolvency", meskipun istilah "insolvensi" digunakan bukan sahaja oleh Jabatan Insolvensi, malah oleh Jabatan Peguam Negara dan Parlimen sendiri - sila rujuk kepada Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang menggunakan istilah "insolvensi" sebanyak 21 kali! Saya berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat mengkoordinasi usaha peristilahan dengan DBP supaya konsisten. Sementara itu, saya juga berharap yang pihak DBP dapat menerima istilah yang digunakan dalam undang-undang negara, kerana ia melibatkan peruntukan penting seperti jenayah. Berkenaan dengan hal ini, saya berharap pihak DBP dapat mempertimbangkan semula istilah "insolvensi", dan juga istilah "menyerahhakkan" (yang merupakan terjemahan "assign"/"assigns" dalam Akta Syarikat), terutamanya bagi konteks yang berkaitan dengan peruntukan Akta. Terima kasih dan mohon maaf sekiranya tersinggung.Salam sejahtera,

Tuan,

Terima kasih atas cadangan tuan. Cadangan tuan ini akan dipanjangkan ke bahagian berkenaan.

Sekian, terima kasih.



Lain-lain31.10.2019
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat?

Mengikut Kamus Dewan, kata “rasa” mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa  manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa.  Contohnya: gula manis  rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang).  Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya.

 

Kata “berasa” pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal.  (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung.

Makna14.03.2014

Kembali ke atas