Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.si.sih] | ترسيسيه

Definisi : (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.si.sih] | ترسيسيه

Definisi : sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisih
Kata Terbitan : bersisih, menyisih, menyisihkan, tersisih, penyisihan,

Peribahasa

Tiada dibawa orang sehilir semudik.

Bermaksud :

Tersisih daripada pergaulan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bersisih antah dengan beras.Tersisih orang miskin daripada orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada dibawa orang sehilir semudik.Tersisih daripada pergaulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Itik tak sudu, ayam tak patuk.Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak dibawa orang sejambar semakan.Orang yang tersisih daripada pergaulan (kerana sombong, kelakuan yang buruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas