Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.so.hor] | ترسوهور

Definisi : bp termasyhur, terkenal: dialah yg paling kesohor antara mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersohor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon tanya, betul atau tidak penggunaan perkataan `sangat tersohor' atau hanya memadai menggunakan kata tersohor (sebab kata penguat `ter' merupakan darjah paling tinggi)

Frasa 'sangat tersohor' adalah betul kerana tersohor ialah kata adjektif (sohor - kata kerja, tersohor - kata adjektif) yang didahului oleh kata penguat sebelumnya sama seperti frasa sangat cantik.

Tatabahasa19.05.2011
Salam sejahtera. Samakah maksud seantero dunia dengan tersohor. Sekian.Seantero bermaksud seluruh dunia, manakala tersohor pula bermaksud termasyhur.Lain-lain07.08.2016
Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan mencungkil. TK?Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau.

Perkataan yang paling hampir dengan perkataan mencungkil ialah seperti mengorek, menimba, mendapat, mengetahui. Perkataan mencungkil lebih sesuai dalam konteks ayat yang dinyatakan.
Tatabahasa24.04.2013
Salam Tuan, saya ingin kepastian sama ada penggunaan paling tersohor betul atau tidak? Terima kasih.Penggunaan imbuhan awalan ter- dengan kata penguat "paling" dalam penggunaan kata adjektif dari segi darjah penghabisan membawa maksud yang sama. Tuan/puan boleh memilih sama ada menggunakan awalan ter- + kata adjektif atau penguat paling + kata adjektif.  Kedua-duanya bermaksud penanda darjah penghabisan.

1. Ali pelajar tersohor di sekolah itu.
                     atau
2. Ali pelajar paling sohor di sekolah itu.

Kedua-dua ayat membawa maksud yang sama
Tatabahasa22.09.2017
Q. Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu. A.menyerahkan B.mengurniakan C.menyampaikan D.menganugerahkan Mengapakah jawapannya ialah 'B' ? Saya ternampak ayat ini di dalam buku. Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan pingat PJK kepada orang-orang yang berjasa. Mengapakah sini letak menganugerahkan?Dari aspek makna, mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan.

a) Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja.
Contoh: Sultan Kedah telah mengurniakan pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu.

b) Perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja.
Contoh:
Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau.
Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik.
Tatabahasa19.11.2021
Bagaimana menulis quote atau petikan yang diambil daripada al-Quran, sunnah atau penulis-penulis tersohor? Adakah perlu diletakkan pembuka kata dan penutup kata? Atau tanda petik tunggal?Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Oleh itu, petikan tersebut perlu diletak tanda yang berikut " ... ".Ejaan27.02.2017
Ayat manakah yang betul? 1.Setiap anak mestilah mengingati pengajaran ibu bapa mereka. 2.Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka. 3.Hasil ikatan saintis, terhasillah cara baharu merawat bagi kanser. 4.Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah.Ayat yang betul ialah:
1. Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka.
2. Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah.
Lain-lain22.03.2021
bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulisBahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan  dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. Lain-lain09.02.2008
Selamat sejahtera tuan/puan. Soalan saya, apakah perbezaan penggunaan kata bantu tengah dan sedang? Menurut 1 buku rujukan tatabahasa BM terbitan pelangi, ayat "Peragawati itu tengah menggayakan pakaian ciptaan pereka fesyen tersohor" adalah salah. Walhal tengah dan sedang adalah sama maksud. Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan.

Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “tengah” dan “sedang” membawa maksud yang sama, iaitu digunakan untuk menunjukkan masih atau ketika melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, “tengah” merupakan bahasa basahan yang lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan yang betul dalam konteks rasmi ialah “sedang”.

Tatabahasa17.12.2021
Sekiranya kita menulis sebuah karangan bolehkah kita memasukkan dialek contohnya : cakna ,Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya.    Istilah18.08.2009
12

Kembali ke atas