Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.so.ro/] | ترسوروق

Definisi : 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.so.ro/] | ترسوروق

Definisi : 1 tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; tersembunyi. 2 jauh dr yg lain; terpencil: Kampung itu ~ di hujung tanjung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorok
Kata Terbitan : menyorok, menyorokkan, tersorok,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Trojan horse programatur cara kuda trojanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang mempunyai suatu fungsi umum yang jelas tetapi mempunyai kod tambahan, iaitu kod kuda Trojan yang memberi fungsi tersorok kepada individu yang mengetahuinya. Fungsi tersorok ini membenarkan pengumpulan data terlarang, eksploitasi hak fungsian, pemalsuan data, atau keupayaan menghapus data tanpa perakuan pemilik data. Kod kuda Trojan disertakan dalam perisian secara sengaja oleh penerbit perisian tersebut atau secara tersembunyi oleh pengatur cara perisian untuk tujuan hasad.
cellacellaKesenianTiadaRuang tersorok di bahagian dalam rumah ibadat Yunani Lama yang mengandungi patung dewa.
adeloceratousadeloseratBiologiEntomologiMempunyai sesungut tersorok, misalnya pada kumpulan serangga Crytocerata (Heteroptera).
diverticulumdivertikulumBiologiEntomologiTiub atau saku yang tersorok di hujungdistal dan bercabang dari saur atau rongga, misalnya tiub atau saku berupa tembolok pada sesetengah serangga.
virusvirusTeknologi MaklumatTiadaAtur cara komputer yang tersorok di dalam atur cara lain dan menyalin dirinya sendiri ke dalam perisian lain apabila atur cara itu digunakan. Pada tahun 2002 syarikat Norton Anti Virus telah mengenal pasti 67,000 virus. Contohnya Pakistani Brain, Zombie, Sherlock, Yankee dan Trojan Horse.
barbarKesenianHiasan DalamanRuang yang biasanya terletak di tempat yang tersorok atau di bilik keluarga yang digunakan sebagai tempat untuk menyimpan minuman. Bar disediakan dengan kaunter yang dijadikan sebagai tempat menghidang minuman, dan kabinet untuk menyimpan barang-barang supaya lebih teratur.
epistasisepistasisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanInteraksi antara dua atau lebih gen yang mengawal satu fenotip. Epistasis akan menyebabkan fenotip alel pada satu gen tersorok atau terhalang dengan gen yang lain.

Kembali ke atas