Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.su.sun] | ترسوسون

Definisi : sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.su.sun] | ترسوسون

Definisi : sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersusun

Puisi
 

Sekapur sirih datang bertandang,
     Di dalam puan tersusun rapi;
Tangan dihulur mata memandang,
     Sebagai cincin lekat di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
chromosome  Struktur DNA dan protein yang tersusun pada sel. Kromosom berasal daripada bahasa Greek yang bererti warna disebabkan sifatnya yang dilumur oleh pewarna.
hexamer  Supramolekul yang terdiri daripada enam komponen dendrimer tersusun secara swapasang dan dikenali juga sebagai kompleks dendrit supramolekul.
nested nanotube  Nanotiub yang strukturnya berbilang dinding dan tersusun secara sepaksi. Proses pembentukannya tidak melibatkan penggunaan mangkin, seperti kobalt, nikel atau besi sebagaimana yang digunakan untuk pembentukan nanotiub dinding tunggal. Nanotiub ini digunakan sebagai elektrod dalam superkapasitor dan bateri.
liquid crystal  Bahan dalam fasa cecair dengan molekulnya tersusun seperti dalam hablur pepejal. Bahan ini bersifat tak isotrop, dwibiasan dan mempamerkan corak belauan dalam cahaya terkutub disebabkan oleh orientasi molekul yang selari dalam bilangan yang banyak. Hablur cecair digunakan dalam sistem paparan elektronik.
nanofibril  Seberkas rantaian polimer selulosa halus dengan diameter beberapa nanometer yang tersusun oleh ikatan lemah. Contohnya, rambut, ekor sperma, dan dinding sel. Nanofibril selulosa tumbuhan yang biasanya terbuang sebagai sampah dapat diproses untuk menghasilkan bahan nanokomposit yang kukuh, digunakan dalam kejuruteraan, perubatan dan kosmestik.
soccer ball structure  Struktur molekul fulerena C-60 yang atom karbonnya tersusun membentuk sfera kosong seperti sebiji bola sepak. Contoh molekul fulerena berstruktur bola sepak ialah bukminsterfulerena C-60 dan bola bucky.
graphite  Alotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron.
furan  Sebatian organik yang struktur asasnya terdiri daripada satu atom oksigen dan empat atom karbon tersusun seperti gelang. Molekul furan yang paling ringkas ialah cecair yang toksik yang tidak berwarna dengan suhu didih 32?C, mudah terbakar, dan tidak larut dalam air tetapi larut dalam alkohol atau eter. Furan dihasilkan melalui proses penyulingan kayu, terutamanya kayu pain.
nanoflash memory device  Alat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas.
alpha helix  Struktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 �. Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100� dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 � sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya.

Kembali ke atas