Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : (sudah) terpasang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : 1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Hatiku rindu tidak tertahan,
     Tak pandang sehari rasa sebulan.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTerbang burung di balik awan, Di pohon keduduk tempat berhenti; Tidak tertahan menanggung badan, Dari hidup biar kumati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang-sayang buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Hatiku rindu tidak tertahan, Tak pandang sehari rasa sebulan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang-sayang buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Hatiku rindu tidak tertahan, Tak pandang sehari rasa sebulan.
Kurik Kundi Merah SagaDari Jawa saya layarkan, Raja Brunei belayar jauh; Rindu di hati tidak tertahan, Seperti menadah minyak penuh.
Kurik Kundi Merah SagaAwan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana.
Kurik Kundi Merah SagaPetir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.
12

Kembali ke atas