Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : (sudah) terpasang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : 1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Hatiku rindu tidak tertahan,
     Tak pandang sehari rasa sebulan.


Lihat selanjutnya...(14)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
satah selari yang lain (1 sentimeter jauhnya) dan dijanakan oleh suatu perbezaan halaju bendalir mengikut arah daya tersebut. Koefisien ini berubah mengikut suhu. (HID) absorbed water (air terserap) Air yang tertahan di dalam tanih dan mempunyai sifat fizikal yang tidak ba- nyak berbeza dengan air biasa. (HID) absorbent (bahan penyerap) Pelarut yang digunakan dalam proses penyerapan bagi menyerap komponen tertentu secara bahan api dalam tanur dan dandang industri. (HUT) holandric gene (gen holandri) Gen yang dipindahkan daripada jantan kepada jantan daripada keturunan yang berikutnya melalui kromosom Y. (BIO) hold up (isi tertahan) Pecahan isi padu bendalir yang mempunyai ciri tersendiri atau berbeza daripada ciri bendalir di sekitarnya yang terdapat bersama-sama dalam aliran arus ben - dalir pengeluaran yang mengalir sepanjang tetiub pada

Kembali ke atas