Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : (sudah) terpasang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : 1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Hatiku rindu tidak tertahan,
     Tak pandang sehari rasa sebulan.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retained ground waterair tanah tertahanHidrogeologiTiadaAir tanah yang tidak dikuasai oleh graviti: ini ialah air yang tertahan dalam batuan atau tanih setelah air tanah graviti meniris ke luar. Sebahagian besar air yang tertahan itu ditahan oleh tarikan molekul, walaupun sebahagian darinya ditahan di ruang antara yang tersendiri, atau ditahan oleh kuasa yang tidak dikenali (Meinzer). Bd.: air rerambut, air ari. Ruj.: Meinzer 1923
retained ground waterair tanah tertahanGeologiTiadaAir tanah yang tidak dikuasai graviti; air tanah yang tertahan di dalam batuan atau tanih setelah air tanah graviti meniris ke luar.
cost of retained earingskos perolehan tertahanPentadbiranTiadaKos melepasi bagi pemiayaan perniagaan melalui keuntungan tertahan.
abrupttertahanLinguistikTiadaTiada
holduptertahan)KejuruteraanTiadaTiada
retained waterair tertahanFizikTiadaTiada
blocked impedancegalangan tertahanKejuruteraanTiadaTiada
retained earningperolehan tertahanPentadbiranTiadaTiada
retention moneywang tertahanEkonomiTiadaTiada
unissued stampsetem tertahanPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang telah sedia dicetak tetapi tidak boleh dijual atau diedar disebabkan oleh faktor-faktor tertentu misalnya kesilapan reka bentuk, ejaan dan sebagainya.
123456

Kembali ke atas