Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.taÖ.lu/] | ترتعلوق

Definisi : 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya se­luruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.taÖ.lu/] | ترتعلوق

Definisi : 1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takluk
Kata Terbitan : menakluki, tertakluk, taklukan, penaklukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam DBP, saya ingin bertanya tentang "terikat pada / kepada". Berdasarkan kata kerja "tertakluk", "tertakluk pada" digunakan dan bukannya "kepada", kerana "tertakluk" tidak menunjukkan aksi yang nyata. Contohnya: Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut. Jadi, bagaimanakah pula tentang kata kerja "terikat"? contoh: 1. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat pada / kepada suaminya lagi. 2. Perahu itu terikat pada / kepada tepi jeti. Saya juga berasa terkeliru dan ada percanggahan apabila melihat contoh-contoh dalam kamus laman web ini. Mohon tunjuk ajar, terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut.
  2. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat kepada suaminya lagi.
  3. Perahu itu terikat pada tepi jeti.
Tatabahasa21.01.2015
1) Tertakluk kepada atau tertakluk pada? 2) Terima kasih di atas masa anda atau Terima kasih atas masa anda?1. Frasa yang betul ialah tertakluk pada seperti tertakluk pada terma dan syarat.
2. Terima kasih atas ...
Tatabahasa13.07.2012
Ayat yang ditulis oleh DBP:- Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024" Soalan saya: kenapa guna perkataan pada bukan kepada? tertakluk pada paeruntukan ATAU tertakluk kepada peruntukan (mengelirukan) Mohon jasa baik DBP untuk menjelaskan dengan jelas supaya BM dapat digunakan dengan berkesan tanpa mengelirukan.Untuk makluman tuan, frasa yang betul ialah "tertakluk pada" kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan maksud sandaran, seperti "tertakluk pada" . Dalam hal ini "peruntukan" menjadi sandaran bagi "tertakluk", justeru frasa yang betul ialah "tertakluk pada peruntukan".Tatabahasa06.11.2023
Mohon semak ayat di bawah, ayat mana yang betul? 1) tertakluk peruntukan diluluskan pada tahun 2024 2) tertakluk kepada peruntukan diluluskan pada tahun 2024 3) tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024 4) tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan pada Tahun 2024Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024"Tatabahasa31.10.2023
Selamat pagi dan terima kasih kerana sudi membantu. Yang manakah betul, "tertakluk kepada" atau "tertakluk pada"?
Jawapan tyang betul ialah "tertakluk pada"
Tatabahasa13.09.2019
Tertakluk pada / kepadaTertakluk pada - di atas - atas - dalam - di dalamLain-lain14.06.2007
tertakluk kepana terma and syarat atau tertakluk pada terma dan syarat?Tertakluk pada terma dan syarat.Tatabahasa17.01.2013
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'subject to' dalam konteks terma dan syarat (undang-undang)? Sama ada 'tertakluk kepada' atau 'tertakluk pada' terma dan syarat?
 Padanan yang betul ialah Tertakluk pada terma dan syarat.
Tatabahasa02.02.2021
Saya pernah terbaca pernyataan yang mengatakan tertakluk atau bergantung hendaklah dipadankan dengan kata sendi nama 'pada' seperti tertakluk pada, bergantung pada. Bukannya kata sendi nama 'kepada'. Bagaimana kalau ia merujuk kepada manusia seperti sekarang, kami bergantung sepenuhnya kepada awak, Ali. Adakah ayat di atas dikira salah?Frasa yang betul ialah tertakluk pada dan bergantung pada kerana kata sendi nama pada digunakan sandaran kepada tertakluk dan bergantung. Walau bagaimanapun ayat "kami bergantung sepenuhnya kepada awak, Ali" menunjukkan kata sendi nama "kepada" dan diikuti kata nama "awak".Tatabahasa09.06.2015
Saya masih keliru, kenapa perkataan tertakluk dan bergantung mesti diikuti dengan kata sendi nama "pada" dan bukannya "kepada"? Apakah pertimbangan atau rujukan yang dibuat bagi menentukan sendi nama itu bagi perkataan-perkataan ini. Saya telah melihat PRPM. Alasan yang diberikan antara lainnya menyebut "frasa yang betul ialah "bergantung pada" kerana sendi nama pada digunakan sandaran kepada bergantung, begitu juga tertakluk". Jadi, kenapa kata sendi "kepada" tidak boleh jadi sandaran kepada kedua-duanya ini sedangkan jika dilihat kepada maksud, ia juga boleh dijadikan sandaran. Bergantung kepada keadaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Saya dapati ada juga jawapan yang menyatakan kalau kepada orang contohnya awak, boleh pula guna kepada, contoh "tertakluk kepada awak". Tiada mana-mana penjelasan terdahulu yang menyatakan "tertakluk pada" adalah pada benda atau abstrak, manakala "tertakluk kepada" kepada manusia. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Menurut buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (hlm. 272) kata sendi nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi sesuatu kata kerja (perkara ini membawa maksud sandaran).

Oleh itu, salah satu daripada fungsi kata sendi nama “kepada” adalah untuk menunjukkan maksud sasaran. Manakala, salah satu daripada fungsi kata sendi nama “pada” adalah untuk menunjukkan maksud sandaran. Jadi, penggunaan frasa yang betul ialah "bergantung pada atau tertakluk pada", iaitu membawa maksud sandaran bukannya kepada yang membawa maksud sasaran.

Tatabahasa09.04.2020
123456789

Kembali ke atas