Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.taÖ.lu/] | ترتعلوق

Definisi : 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya se­luruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.taÖ.lu/] | ترتعلوق

Definisi : 1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takluk
Kata Terbitan : menakluki, tertakluk, taklukan, penaklukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kafalah mudfahjaminan tertakluk masa hadapanPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang diberikan tetapi tertakluk pada masa akan datang dan tuntutan tidak boleh dibuat selagi belum sampai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Bulan Ramadan nanti, saya penjamin hutang yang anda telah berikan kepada A" atau "Saya menjamin hutang yang anda akan berikan kepada A". Penjamin tidak boleh dituntut sehingga tiba masa yang disebutkan, walaupun akad hutang yang dilakukan oleh pihak yang dijamin berkuat kuasa serta-merta. Sinonim kafalah tawqitah.
subject to opiniontertakluk pada pendapatEkonomiTiadaTiada
milk muqayyadpemilikan tertaklukPerniagaan IslamTiadaLihat milk bi sabab.
‘aqd nafidhakad sempurnaPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh pihak yang berkelayakan dan berkuasa untuk melaksanakannya. Akad ini berkuat kuasa dengan segera tanpa tertakluk kepada kelulusan pihak lain. Contohnya, akad jual beli terhadap barang pemilikan sempurna, jual beli yang dilakukan oleh wali atau wasi terhadap harta milik pihak yang tertakluk di bawah jagaannya atau akad yang dilakukan oleh wakil bagi pihak pewakil.
wakalah bi shartpewakilan bersyaratPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa kepada individu atau organisasi untuk menjalankan sebarang urusan, tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Sekiranya saya pergi menunaikan haji pada tahun ini, maka saya akan melantik awak menjadi wakil saya dalam penjualan barangan ini". B menjawab: "Saya menerimanya". Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, wakalah bi shart diharuskan atas dasar keperluan. Mazhab Syafii mengatakan pewakilan adalah sah dan berkuat kuasa segera, walaupun pelaksanaan kerja akan tertakluk kepada syarat yang jelas. Contohnya, A berkata kepada B: "Mulai sekarang saya mewakilkan awak menjual tanah saya ini, tetapi bermula awal bulan hadapan". B menjawab: "Saya bersetuju". Walaupun bersyarat, pewakilan ini adalah sah dan berkuat kuasa segera.
land alienated subject to a categorytanah yang diberi milik dengan tertakluk kepada sesuatu jenisUndang-undangTiadaTiada
conditional profitkeuntungan bersyaratPentadbiranTiadaKeuntungan yang tertakluk kepada gabungan alternatiif keputusan dan keadaan semula jadi.
gravity wavegelombang gravitiGeologiTiadaSejenis gelombang yang tertakluk pada daya graviti dan daya keapungan dan dapat dijanakan di permukaan bebas lapisan tunggal seperti di permukaan laut atau di batas di antara lapisan atau di dalam medium yang berstrata stabil.
prescribed premisespremis yang ditetapkanKejuruteraanTiadaPremis yang tertakluk kepada prosedur pelesenan berdasarkan yuran efluen, termasuk premis yang menghasilkan getah asli dan minyak kelapa sawit.
gravity wavegelombang gravitiSainsHidrometeorologiSejenis gelombang yang tertakluk pada daya graviti dan daya keapungan. Gelombang ini dapat dijanakan pada permukaan bebas lapisan tunggal seperti di permukaan laut atau di perbatasan antara lapisan atau di dalam medium yang berstrata stabil. Dalam atmosfera, daya lain mungkin mempengaruhi pergerakan zarah seperti dalam gelombang graviti ricihan.
12345678910...

Kembali ke atas