Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tang.guh] | ترتڠݢوه

Definisi : tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangguh
Kata Terbitan : bertangguh, menangguhkan, mempertangguhkan, tertangguh, penangguhan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tertangguhtertunda, terhalang, terhenti, terlambat;Kamus Dewan Edisi Keempat
entri tertangguh(deferred entry)Masukan tertangguh sesuatu proses ke dalam subrutin kerana terpaksa menunggu kawalan dipindahkan dari atur cara utama atau subrutin lain apabila peristiwa tak segerak yang ditunggu tiba.Kamus Komputer
keluar tertangguh(deferred exit)Pindahan kawalan daripada atur cara utama atau subrutin kepada subrutin pada masa yang ditentukan oleh peristiwa tak segerak, bukan pada masa yang ditetapkan.Kamus Komputer
reka bentuk tertangguh(deferred design)Kaedah mereka bentuk perkakasan atau perisian yang dapat mencepatkan penghasilan reka bentuk dengan menangguhkan pembinaan beberapa komponen dalam sistem dan menggantikannya dengan reka bentuk sedia ada daripada sistem lain atau menggunakan modul kosong.Kamus Komputer
tertagak-tagaktertahan-tahan (berbuat se­suatu), tertangguh-tangguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegun(halt)1. Keadaan yang berlaku apabila perjalanan atur cara tertangguh disebabkan gangguan yang tidak disangka. 2. Tindakan memberhentikan pemprosesan.Kamus Komputer
al-bai bithaman ajilkonsep perbankan Islam yg merujuk kpd penjualan barang dgn bayaran yg tertangguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
tagakbertagak-tagak berlengah-lengah (melakukan sesuatu dll), bertangguh-tangguh: pihak yg berkuasa janganlah ~ utk meng-am­bil tindakan yg tegas terhadap peniaga-peniaga itu;menagak tidak mengendahkan atau mem­pedulikan (bahaya dll), menahan, menentang, menghadapi; menagak-nagak menahan-nahan (pekerja­an dll), menangguh-nangguhkan;tertagak-tagak tertahan-tahan (berbuat se­suatu), tertangguh-tangguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangguh Itangguh I pengunduran waktu (utk mengerja­kan sesuatu, membayar hutang, dll), penun­daan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta di­­un­dur­kan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlam­bat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, ber­lengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (wak­tu dll): setiausaha pertubuhan itu menya­ta­kan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas