Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, 1. Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur. 2. Saya tertarik kepada pemandangan malam di Kuala Lumpur. 3. Saya tertarik pemandangan malam di Kuala Lumpur. 4. Saya tertarik oleh pemandangan malam di Kuala Lumpur. Ayat yang manakah barulah betul? Saya fokus akan frasa "tertarik oleh/kepada/akan/tiada kata sendi nama pemandangan malam".Ayat yang betul ialah "Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur."Tatabahasa10.05.2014
1.tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan? 2.menaikkan takhta atau menaiki takhta? 3.Saya ingin memohon 100 kesalahan tatabahasa,ejaan dan imbuhan 4.apakah maksud pembaji,saya tidak dapat mencari maksud perkataan ini di carian kata dbp.Untuk soalan 1.:
Kedua-duanya boleh digunakan

Untuk soalan 2.:
Yang betul ialah menaiki tahta

Untuk soalan 3.:
Pihak kami tidak memberikan perkhidmatan sebegini

Untuk soalan 4.:
Pembaji  -->  baji

baji pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali.
Tatabahasa06.10.2014
1. tertarik oleh / kepada keindahan .penggunaan oleh atau kepada yang betul serta ulasannya. 2. Sebatang anak panah atau sebilah anak panah. 3. Kejayaan itu kami peroleh berkat usaha gigih. Adakah betul kata peroleh dalam ayat itu. 4. Mengapa kata sendi oleh tidak menerima akhiran"i" berikan ulasan. 5. Buku di dalam perpustakaan itu tebal-tebal belaka. Adakah betul "tebal-tebal belaka"

Saudara Zam,

i. Kata sendi nama 'oleh' digunakan untuk menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif dan juga untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Kata sendi nama 'kepada' digunakan  untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan di atas, kedua-dua kata sendi nama betul dan boleh digunakan dalam frasa tersebut.  ii. Yang betul sebatang anak panah.  iii.  Perkataan yang betul ialah 'peroleh' daripada bentuk kata kerja transitif 'memperoleh' bukan 'memperolehi'.  iv. Ayat 'Buku di perpustakaan tebal-tebal belaka' betul.  Ayat ini bermaksud semua buku di perpustakaan tebal.        

Tatabahasa06.08.2009
salam. pertanyaan saya yg lepas telah dijawab. terima kasih daun keladi. soalan : kata sendi : A. 1. ...menulis di atas kertas ..... 2. ....menulis pada kertas... B 1. tertarik oleh.... 2. ...tertarik dengan..... terima kasih.Jawapan yang betul ialah 1. menulis pada kertas. 2. tertarik denganTatabahasa10.02.2010
Selamat pagi . Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. 1. Apakah perbezaan antara tertarik oleh dan tertarik dengan ? 2. Pelancong asing itu tertarik oleh keindahan alam semula jadi Malaysia. Adakah ayat ini betul ?

Kedua-kedua kata tersebut adalah kata sendi nama. Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 'oleh' menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab, yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan. Dalam konteks ini, tertarik oleh lebih sesuai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 283.

Tatabahasa05.09.2008
Selamat pagi. Ingin bertanya sama ada kedua-dua ayat di bawah betul. Ayat 1: Dia tertarik dengan reka bentuk aku, lalu membeli aku. Ayat 2: Dia tertarik akan reka bentuk aku, lalu membeli aku. Dari segi penggunaan "dengan" , "akan" dan juga penggunaan tanda koma (,) di hadapan perkataan "lalu". Terima kasih.ayat yang betul ialah: Dia tertarik dengan reka bentuk aku lalu membeli aku dan Dia tertarik akan reka bentuk aku lalu membeli akuTatabahasa22.06.2022
Sila pilih ayat yang betul, ayat 1 atau ayat 2 1.Ali begitu tertarik hati dengan keayuan gadis itu. 2.Ali begitu tertarik hati akan keayuan gadis itu.Ayat yang paling tepat ialah Ali begitu tertarik hati dengan keayuan gadis itu. Tatabahasa23.05.2011
Salam sejahtera, 1. Saya tertarik ( dengan / oleh / akan ) cerita yang diberitahu oleh datuk. Terima kasihPerkataan yang sesuai ialah akan. Saya tertarik akan cerita yang diberitahu oleh datuk.Tatabahasa24.07.2013
saya tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan. saya terbaca dalam satu buku rujukan yang mengatakan bahawa ter.... mesti diikuti dengan "oleh' dan bukan "dengan". 2. antara isu-isu atau antara isu. 3. bolehkah kita memulakan sesuatu ayat dengan perkataan "terdapat"spt Terdapat seramai 10 orang di dalam kelas ini. 4. Terdapat banyak vitamin dalam buah-buahan ini. Banyak terdapat vitamin dalam buah-buahan. adakah kedua-dua ayat ini membawa makna yang sama. 5. tolong terangkan perbezaan makna menjolok mata dan mencolok mata. adakah tsunami perlu tulis dalam huruf besar. terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah saya tertarik dengan keindahan, bukan tertarik oleh seni bina kerana ayat tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya.

2. Yang betul ialah antara isu kerana kata sendi nama "antara" diikuti kata nama am yang tidak perlu diulang.

3. "Terdapat" boleh digunakan pada permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.

4. Perkataan yang betul ialah mencolok mata bukan menjolok mata.

5. Perkataan "tsunami" tidak perlu ditulis dengan huruf besar kerana tsunami bukan nama khas. 

Tatabahasa08.10.2009
Bolehkah tuan terangkan penggunaan dan alasannya: 1a. dijatuhi 1b. dijatuhkan 2a. menjatuhi 2b. menjatuhkan 3a. tertarik oleh 3b. tertarik dengan 4a. membeli 4b. membelikan 5a. atau 5b. ataupun 6a. menghindari 6b. menghindarkan1. Perkataan "menjatuhi" diikuti objek bernyawa seperti Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati, perkataan menjatuhkan diikuti objek tidak bernyawa seperti Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Perkataan dijatuhi dan dijatuhkan ialah bentuk pasif perkataan menjatuhi dan menjatuhkan. Lihat contoh ayat pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada pesalah.
2. Frasa "tertarik oleh" dan "tertarik dengan", kedua-duanya sama maksud dan fungsinya.
3. Membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar, seperti "membeli kereta"; manakala membelikan bermaksud membeli untuk, seperti membelikan isterinya sebuah kereta.
4. Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah.
Makna29.09.2014
1234

Kembali ke atas