Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.wan] | ترتاون

Definisi : 1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dll), tertangkap: anak raja Kelantan yg perem-puan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka; 2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki: dgn ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dgn Filipina; 3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya: telah ia me-mandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.wan] | ترتاون

Definisi : 1 sudah atau telah ditawan (bkn musuh dll); tertangkap: Puteri Raja Pahang yg bernama Puteri Wanang Sari itu telah turut ~. 2 telah dpt dirampas atau ditakluk: Melaka telah ~ oleh Feringgi dlm tahun 1511. 3 ki terpikat; tertambat: Hatinya sudah ~ oleh senyuman gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,

Puisi
 

Raga berisi bunga bawang,
     Bawang Bali di kedai Cina;
Hati adik sudah tertawan,
     Ikut abang barang ke mana.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
victim riversungai tertawanGeografiTiadaTiada
captured neutronneutron tertawanGeologiTiadaTiada
captured neutronneutron tertawanGeologiTiadaTiada
thermal neutronneutron termaKejuruteraanPetroleumNeutron yang mempunyai tenaga kinetik sebesar 0.025 eV, iaitu kuantiti tenaga yang sama besar dengan tenaga gerakan terma nukleus atom dalam medium. Secara statistik neutron yang berada pada aras tenaga ini tidak akan mengalami pengurangan atau penambahan tenaga sehingga ia tertawan ke dalam nukleus atom yang boleh menawannya.
melodymelodiKesusasteraanPuisiSusunan seni kata yang berirama pada sesuatu baris dalam sesuatu rangkap, terutama puisi yang dihasilkan dengan tujuan untuk dilagu kan. Contohnya, pada lirik lagu nyanyian P. Ram lee berjudul 'Seri Bunian'. Indah nian istana bunian, Puteri bunian cantik rupawan; Berat rasa oak kutinggalkan, Kerana hati dah tertawan.
neutron lifetime loglog tempoh hayat neutronKejuruteraanPetroleumSINONIM: 1. log pereputan neutron denyut. 2. log masa reput terma Rekod berbentuk graf mengenai masa yang diambil oleh sekumpulan neutron untuk mereput sehingga ia hilang separuh daripada tenaganya yang asal. Masa ini diukur dalam mikrosaat dan diplot terhadap kedalaman. Alat pengelogan yang mengukur parameter ini mengesan keamatan neutron terma yang masih hadir dalam formasi selepas neutron yang ditembak masuk ke dalam formasi dibiarkan mereput. Keamatan neutron trma baki ini berkadar terus dengan banyaknya neutron yang tertawan. Oleh kerana secara statistik kebanyakan neutron ditawan oleh atom klorin mala bacaan yang diberi oleh log ini menunjukkan banyaknya atam klorin dalam formasi. Ini boleh diterjemahkan sebagai penunjuk kepada kehadiran zon yang diisi dengan air.

Kembali ke atas