Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.te.ga/] | ترتݢق

Definisi : tiba-tiba berdiri tegak, terdiri: beberapa minit kemudian kereta itu pun ~ di depan pejabat besar; dgn ~nya keadilan, seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tegak (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, tidak condong, tidak miring, tidak senget;,
Kata Terbitan : tegak-tegak, menegak, menegakkan, tertegak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum . 1-Saya ingin bertanya tentang pihak manakah yang ada kuasa untuk memastikan bahasa kebangsaan betul- betul tertegak secara yang boleh dibanggakan dalam negara ini. 2-sekiranya rakyat ingin membuat cadangan agar bahasa kebangsaan ini kembali berada pada tempatnya yg wajar, kepada pihak manakah rakyat harus memberi cadangan. sekian dahulu terima kasih.

1.  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; memperkembangkan bakat sastera; mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan; membakukan ejaan dan sebutan; menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Namun DBP belum diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Untuk itu, DBP menggunakan kuasa yang sedia ada pada pihak berkuasa tempatan melalui undang-undang kecil iklan, peraturan dan garis panduan yang disediakan. DBP mengadakan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL bagi memastikan paparan di tempat awam menggunakan bahasa yang baik dan betul. DBP sentiasa berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan bergerak dalam ruang lingkup kuasa yang ada.  DBP menyediakan Sistem Khidmat Nasihat DBP dan Pantau Tegur Bahasa sebagai saluran untuk pengguna bahasa menanyakan hal-hal berkaitan bahasa, sastera, penerbitan dan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu kepada DBP secara dalam talian.

2.  Untuk sebarang aduan/cadangan berkaitan bahasa kebangsaan, bolehlah dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain31.01.2021

Kembali ke atas