Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ten.tu] | ترتنتو

Definisi : 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempatnya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ten.tu] | ترتنتو

Definisi : 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertentu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tepatkah istilah "Liquidated and Ascertained Damages" diterjemahkan sebagai "Ganti Rugi Jumlah Tertentu" atau "Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan". Jawapan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Istilah Liquidated and Ascertained Damages masih belum ada dalam rekod kami. Walaubagaimanpun maksud liquidated damage dari bidang Undang-undang, kejuruteraan dan ekonomi ialah ganti rugi jumlah tertentu manakala ascertained bermaksud telah dipastikan atau kenyataan yang telah dipastikanMakna17.03.2018
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih.1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk.
Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda.
Tatabahasa30.05.2016
Adakah mencatur bermaksud bermain catur?Mencatur dan bermain catur membawa maksud yang berbeza. Mencatur bermaksud merancang dan mengatur (hidup, nasib dan sebagainya seseorang) dengan strategi tertentu untuk kepentingan tertentu. Manakala bermain catur pula merujuk kepada aktiviti bermain catur.Makna11.12.2021
Perkataan tertentu seperti "kleptocracy" tiada dalam carian kamus. mohon dikemaskiniMaklum.  Terima kasih.Makna30.07.2017
Bolehkah saya terjemahkan "homestay" yang merujuk kepada rumah sewa/tumpangan untuk beberapa hari sebagai "rumah inap". Manakala, jika ia merujuk pada program pelancongan yang mempunyai atur cara tertentu di sesebuah perkampungan tertentu; dan pengunjung menetap di rumah penduduk di perkampungan tersebut, terjemahannya ialah "(program) inap desa"?Penggunaan istilah rumah inap untuk istilah Inggeris, homestay boleh digunakan dalam konteks ini.Istilah02.11.2022
Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Saya ingin menyemak penggunaan ayat berikut: "Pengaruh Ibnu Rushd Terhadap Gerakan Intelektual Eropah Dalam Era Renaisans" Adakah penggunaan perkataan "dalam" adalah tepat? Terima kasih.Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Penggunaan perkataan 'dalam' tersebut adalah tepat kerana 'dalam' juga boleh merujuk pada waktu tertentu. 'Waktu tertentu' yang dimaksudkan dalam soalan encik ialah Era Renaisans. Penggunaannya adalah tepat. Sekian, terima kasih.Tatabahasa09.12.2017
Salam sejahtera, adalah pada konteks tertentu seperti diri seseorang, kata "pada" dan "kepada" boleh digunakan bersilih ganti? Sekian, terima kasih.1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.


Jadi, kata sendi "pada" dan "kepada" boleh digunakan pada manusia/orang mengikut situasi tertentu.
Tatabahasa16.05.2020
Salam sejahtera, saya ingin bertanya soalan tentang penggunaan perkataan 'lelehan' dan 'lilihan'. 1. Tapak pelupusan sampah yang terdapat di kawasan tertentu kerap mengalami lelehan pada musim hujan. 2. Tapak pelupusan sampah yang terdapat di kawasan tertentu kerap mengalami lilihan pada musim hujan. yang manakah ayat adalah betul? Terima kasih atas bantuan tuan dan puan.Lelehan bermaksud sesuatu (benda) yang meleleh atau cairan. Lelehan juga bermaksud sesuatu yang meleleh ke luar (seperti susu getah di pokok). Manakala "lilihan" pula tidak mempunyai sebarang makna. Oleh itu, penggunaan perkataan "lelehan" dalam ayat tersebut tidak sesuai digunakan. 
Perkataan "lelehan" dalam ayat tersebut boleh ditukar kepada "limpahan".
"Tapak pelupusan sampah yang terdapat di kawasan tertentu kerap mengalami limpahan air sampah pada musim hujan."

Lain-lain16.09.2022
Mohon berikan penjelasan tentang kesesuaian penggunaan 'ialah' atau 'adalah' untuk contoh berikut: Perkhidmatan Google tersebut adalah/ialah tersedia hanya untuk kawasan tertentu sahaja. Mengikut tatabahasa, penggunaan 'ialah' lebih tepat kerana tersedia ialah kata kerja. Namun, adakah pengecualian tertentu untuk mewajarkan penggunaan 'adalah'? Terima kasihPenggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan. Perlu diingat penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan bahasa Melayu. Dalam konteks ayat yang tuan berikan, lebih baik digugurkan sahaja kata pemeri menjadi Perkhidmatan Google tersebut tersedia untuk kawasan tertentu sahaja.Tatabahasa28.03.2017
Ayat-ayat berikut yang mana betul a) Kemampuan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu. b) Kemampuan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa bergantung pada sejumlah faktor tertentu.Pada.Lain-lain27.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas