Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ten.tu] | ترتنتو

Definisi : 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempatnya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ten.tu] | ترتنتو

Definisi : 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertentu


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tisutissueSekumpulan sel khusus yang mempunyai bentuk dan struktur tertentu, yang tersusun bersama untuk melaksanakan sesuatu fungsi tertentu.Menengah Atas
pempasteuranpasteurizationProses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskannya dalam suhu yang tertentu bagi membunuh hampir keseluruhan bakteria dan diikuti oleh penyejukan dalam suhu yang tertentu. Contohnya, yogurt dan susu. Lihat RajahSekolah Rendah
penyahgaramandesalinationProses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu.Menengah Rendah
sabuthuskBahagian kulit buah tertentu yang berserat dan berongga. Contohnya, sabut pada kulit kelapa dan pinang. Lihat RajahSekolah Rendah
sisikscaleLiputan luar badan haiwan tertentu seperti ikan, buaya atau ular. Lihat RajahSekolah Rendah
tropismetropismGerak balas tumbuhan pada arah tertentu terhadap rangsangan luar. Gerak balas ini berlaku sama ada secara positif atau negatif.Menengah Rendah
iklimclimatePola cuaca di sesuatu kawasan tertentu dari semasa ke semasa. Iklim dipengaruhi oleh angin, suhu dan taburan hujan, keamatan cahaya, topografi dan altitud.Menengah Rendah
anginwindUdara yang bergerak dengan halaju tertentu yang boleh dirasai melalui deria kulit tetapi tidak boleh dilihat.Menengah Rendah
jirimmatterUnsur fizikal yang mempunyai bentuk tertentu dan memenuhi ruang. Jirim wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jumlah jirim bagi sesuatu bahan boleh disukat dari segi jisimnya dalam unit kg. Lihat RajahSekolah Rendah
inferensinferenceKesimpulan awal yang dibuat berdasarkan fakta tertentu.Menengah Rendah
123456

Kembali ke atas