Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Angkuh terbawa,
     tampan tertinggal.

Bermaksud :

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ketua darjah mengambil kedatangan murid untuk memastikan tidak ada murid yang (tertinggal/ketinggalan). 2. Kita harus menggosok gigi supaya tidak mengalami karies gigi. (ayat ini betul?) Minta penjelasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: 
1. Ketua darjah mengambil kedatangan murid untuk memastikan tidak ada murid yang tertinggal semasa lawatan. 
2. Kita harus menggosok gigi supaya tidak mengalami karies gigi.

Tatabahasa12.04.2023
Mohon bantuan mengenai terjemahan perkataan untuk konsep "social inclusion". Konsep ini bermaksud memastikan semua ahli masyarakat tidak tertinggal/terkesamping dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya. Ia adalah satu konsep kebajikan. Lawan kepada perkataan "Social exclusion". Terima kasih."Inclusion" dapat diterjemakan sebagai "rangkuman". Namun begitu, dalam konteks maksud yang Saudara berikan dan dalam bidang ekonomi pembangunan, "social inclusion" boleh diterjemahkan sebagai "penyertaan sosial".Penyemakan dan penterjemahan24.11.2014
saya hantar sudah menghantar salinan contoh papantanda dan perkataan pada papantanda untuk semakan sudah diluluskan. Masalah saya sekarang nak hantar semula sebab ada satu huruf tertinggal. saya dikehendaki buat bayaran dahulu ke?Untuk pertanyaan mengenai iklan sila hubungi pegawai kami melalui talian 03-21479110 (Pn. Assmah)Lain-lain08.06.2017
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah.Makna22.09.2007
" Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa26.05.2011
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi." Mereka mendakwa dengan berkata,"Kami ialah orang yan melakukan kebaikan." Soalan; adakah huruf besar dan tanda bacaan betul dalam petikan tersebut.Penggunaan huruf besar dan tanda bacaan dalam petikan tersebut adalah betul. (kecuali ejaan yang - tertinggal huruf g)Lain-lain16.11.2020
Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3)Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. Tatabahasa16.05.2011
Ayat " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" Ayat tersebut mengalami proses pengguguran FN sbg subjek atau FN yang berfungsi sebagai inti dalam FN.ApakahTQVM

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa29.05.2011
Designed with deeper center line and tiny holes at both sides, which allow excess water to flow out in order to keep countertops dry. (Terjemah ke BM) Permukaan di tengah-tengah yang lebih dalam dan lubang kecil di hujung rak membolehkan lebihan air mengalir keluar supaya rak sentiasa kering.Apabila membaca terjemahan ini seolah-olah ada beberapa perkataan yang tertinggal atau sebenarnya memang sengaja tidak diterjemahkan secara langsung kerana ayat ini merupakan sebahagian daripada keterangan induk. Dicadangkan terjemahan yang lebih jelas - Reka bentuk permukaan di tengah-tengah yang lebih dalam dan lubang kecil di kedua-dua bahagian hujung rak membolehkan lebihan air mengalir keluar bagi memastikan rak sentiasa kering.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2014
Sapaan @ Solutasi di pertengahan dan akhir ayat menggunakan huruf kecil kan? contoh tuan dan puan tetapi kenapa sapaan dalam perundangan ditulis dengan huruf besar walaupun dipertengahan dan akhir ayat seperti Tuan, Puan, Defendan,Plaintif, Pendakwa raya, Peguam bela, Mahkamah ini dsb. Adakah ini gaya penulisan dalam penulisan penghakiman? adakah ia salah dari segi tatabahasa? atau sebenarnya memang ada salutasi@sapaan umum yang boleh digunakan huruf besar di pertengahan dan akhir ayat? atau ada apa-apa hukum tatabahasa yang saya tertinggal? mohon pencerahan. Terima Kasih.Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan  konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. Dalam hal penggunaan perkataan yang dibesarkan hurufnya boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya. Tatabahasa28.12.2020
12

Kembali ke atas