Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Angkuh terbawa,
     tampan tertinggal.

Bermaksud :

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
missed abortionkeguguran tertinggal; pengguguran tertinggalKependudukanTiadaTiada
missed abortionkeguguran tertinggal; pengguguran tertinggalPerubatanTiadaTiada
residuebakiKimiaTiadaBahan yang tertinggal setelah berlakunya sesuatu proses. Misalnya, baki yang tertinggal di dalam kelalang setelah berlakunya proses penyulingan, dan baki yang tertinggal di dalam ceper penyejat setelah berlakunya proses penyejatan.
tartarKejuruteraanPetroleum1) Sisa yang berwarna antara hitam dengan coklat tua dan berkelikatan sangat tinggi, yang tertinggal selepas penyulingan bahan-bahan organik seperti kayu, gambut, batu arang dan lain-lain dijalankan. 2) Sisa yang berwarna hitam, pekat lagi likat, yang tertinggal selepas proses penyulingan petroleum. Istilah tar kadangkala dipakai untuk merujuk kepada bahan seperti ini tetapi sebenarnya pemakaian ini adalah tidak tepat.
omission of wordtertinggal perkataanPentadbiran PerniagaanTiadaMeninggalkan secara sengaja huruf yang biasa digunakan semasa trengkas untuk mempercepatkan kerja.
omission of voweltertinggal vokalPentadbiran PerniagaanTiadaMeninggalkan tanda vokal semasa shorthand untuk mempercepatkan kerja.
omission of linetertinggal barisPentadbiran PerniagaanTiadaMeninggalkan sebaris perkataan semasa menaip.
abandoned ideaidea tertinggalPendidikanTiadaTiada
retained toothgigi tertinggalPerubatanTiadaGigi yang berada dalam mulut sehingga melampaui masa pengeksfoliatan.
retained rootakar tertinggalPerubatanTiadaAkar yang masih terdapat di dalam mulut, walaupun koronanya telah terfaktar atau musnah.
12345678910...

Kembali ke atas