Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ti.pu] | ترتيڤو

Definisi : (telah) ditipu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Peribahasa

Termakan di sadah.

Bermaksud :

Sangat kesal hati kerana tertipu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara imbuhan "di-" dan "ter-" untuk membentuk ayat pasif? Contohnya, "Pernahkah anda tertipu/ditipu oleh berita palsu yang sedang tular dalam laman sosial?" [Sumber: Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu MPSM Kelantan 2023] Mengapakah ditipu salah?Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan serta mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Dalam contoh ayat yang diberikan, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. 

Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama “oleh” tidak boleh digugurkan. Maka, perkataan “ditipu” salah dalam contoh ayat tersebut. 

Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 489 – 493.

Tatabahasa23.01.2024
Terdapat 1 kesalahan tatabahasa dan 1 kesalahan istilah dalam ayat ini. Mohon pihak tuan tentukan jawapannya. Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu. Sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah "Mereka yang tertipu sebenarnya tidak cuai tetapi tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan mereka itu".Tatabahasa13.09.2015
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. AmalMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai;Makna18.10.2010

Kembali ke atas