Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tu.duh] | ترتودوه

Definisi : sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuduh
Kata Terbitan : menuduh, tuduh-menuduh, tertuduh, tuduhan, penuduh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, bagi teks undang-undang dengan ayat, "I am the First Accused." Apakah terjemahan yang tepat bagi "the First Accused"? Adakah cuma tertuduh atau tertuduh pertama?Terjemahan bahasa Melayu bagi prasa bahasa Inggeris "the First Accused" ialah "tertuduh pertama." Makna05.11.2022
Mana yang betul? Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun atau tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun.Salam sejahtera,

Ayat yang betul ialah "Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun."

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.03.2018
Di Mahkamah ada proses 'plea' atau 'pengakuan' tertuduh apabila didbaca pertuduhan kepadanya samada dia mengaku keatas pertuduahan itu atau tidak, kalau dia tak mengaku bersalah dalam bahasa Inggeris di sebut "pleaded no guilty" dalam bahasa Melayunya "tidak mengaku bersalah" tetapi mengapa akbar melaporkan sebagai "mengaku tidak bersalah" dan ini sudah menjadi penerimaan umum. Setahu saya terjemahan mestilaah mengambil susurgalur bahasa Melayu bukan boleh "direct" terjemah macam ituUngkapan bahasa Inggeris yang digunakan ialah 'pleaded not guilty'. Terjemahan 'not guilty' ialah tidak bersalah. Oleh itu 'pleaded not guilty' diterjemahkan sebagai mengaku tidak bersalah.Penyemakan dan penterjemahan19.12.2007
Menyabitkan kesalahan, mensabitkan kesalahan ataupun sabit kesalahan? Ataupun, mensabitkan tertuduh?Jawapan yang sesuai ialah Mensabitkan kesalahan.Makna26.05.2019
minta bantuan... manakah yang betul. menyabitkan atau mensabitkan.... menyabitkan hukuman/mensabitkan hukuman menyabit rumput/mensabit rumputBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mensabitkan bermaksud 1. menentukan dengan pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya). Contoh : keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk mensabitkan semua yang tertuduh. Oleh it, "menyabitkan hukuman" dan "mensabitkan hukuman' adalah salah. Perkataan "mensabitkan" perlu diikuti oleh orang yang tertuduh bukan "hukuman" . Menyabitkan pula bermaksud menyabit untuk. Contoh: petang itu dia menyabitkan ayahnya rumput untuk lembu ternakan mereka. Menyabit pula bermaksud memotong (padi, rumput, dll) dengan sabit. Contoh: orang tua itu sedang menyabit di bendang; menyabit kelapa mengait kelapa dengan sabit. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menyabit rumput.Tatabahasa01.05.2014
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim-Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis  yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya.

Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka.
Tatabahasa19.06.2013
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu.Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. Tatabahasa28.07.2008

Kembali ke atas