Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tu.lis] | ترتوليس

Definisi : telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tu.lis] | ترتوليس

Definisi : sudah atau telah ditulis; ter­catat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERENGGAN

Perenggan ialah sebahagian daripada karya

tertulis yang terdiri daripada satu atau lebih ayat

yang dibina atau disusun untuk berfungsi sebagai

satu unit. Baris pertama biasanya diengsot.

Perkara atau tajuk perenggan biasanya dinyatakan

dalam ayat pertama, yang dinamakan tajuk ayat .

Perenggan berbeza-beza panjangnya daripada

satu kata yang digunakan untuk penekanan

seperti “Never”, hingga kepada beberapa ratus

kata. Tetapi kebanyakan perenggan panjangnya

dari 100 kata hingga 200 kata.

UMUM 
AL-QUR’AN AL-KARIM

Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang

diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad

SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan

Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf,

diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan

membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai

dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah

an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal.

UMUM 
HIKAYAT PANJI SEMIRANG

HIKAYAT PANJI SEMIRANG, sastera hikayat tergolong dalam cerita panji. Cerita panji boleh dibahagikan kepada Panji Melayu dan Panji Jawa. Cerita Panji Melayu ialah cerita yang ditulis di Semenanjung Tanah Melayu daripada cerita asalnya cerita Panji Jawa. Manakala cerita Panji Jawa pula ialah cerita panji yang tertulis dalam tulisan dan daerah penyebarannya di Kepulauan Jawa.

SASTERAKarya
TEROMBA

TEROMBA, teks yang menyatakan salasiah dan kandungan undang-undang adat perpatih, Khususnya seperti yang diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri  Sembilan, Malaysia. Undang-undang tersebut yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat atau bangsa, suatu sistem atau sebagainya. Teks lisan atau tertulis ini adalah dalam bentuk puisi yang indah, padat dan penuh daya kreatif. Teromba berkait rapat dengan terasul dan tombo. Terasul ialah cara menggunakan salasiah adat seperti dalam perkahwinan sementara tambo bermakna sejarah bagi masyarakat atau adat, tersusun dalam bahasa yang tetap dan dalam bentuk puisi. Istilah teromba juga dikenal dengan nama lain, seperti gurindam, gurindam adat, kata-kata adat, perbilangan adat, kiasan adat dan pepatah adat.

SASTERAKonsep
NARASIMHAVARMAN I

Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal

sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di

India selatan. Dia diingati terutamanya kerana

membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga

dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram

sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di

Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu,

India. Ia telah pun berkembang maju sebagai

pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman

menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan

menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut

dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya

yang masih ada menarik minat pelancong dan para

sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah

satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata

“Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three

World”).

UMUM 

Kembali ke atas