Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tun.ga/] | دسراڤهي

Definisi : masih belum dijelaskan, dibereskan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tun.ga/] | دسراڤهي

Definisi : masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba me­nyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertunggak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saudara / Saudari: 1. Para pekerja syarikat itu tidak mendapat kata putus daripada majikan mereka tentang gaji mereka yang tertunggak (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? 2. Puan Ramlah mendoakan perkahwinan antara Rashid dengan Balkis akan berkekalan (hingga ke akhir hayat / hingga akhir hayat)? 3. Dia tidak lupakan peristiwa pahit itu (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? Saya kurang pasti sama ada (hingga ke) boleh digunakan bersama? Ada sebarang pengecualian? Ribuan terima kasih atas bantuan Saudara/Saudari. Sekian. Yang benar, Juian1. hingga hari in 2. hingga akhir hayat. 3. hingga hari ini.Tatabahasa04.03.2008
Tolong semakkan penggunaan bahasa : Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu ‘COMPOUND’ dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dilaksanakan ke atas pemilik yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasamasa anda amat dihargai. Abaikan notis ini jika ada tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibayar. Terima kasih.Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu COMPOUND dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasama anda amat dihargai. Sila abaikan notis ini jika tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibuat.  Tatabahasa07.10.2023
apakah terjemahan "outstanding amount" dalam bahasa malaysia. Outstanding amount yang dimaksudkan adalah merangkumi bayaran/ansuran terdahulu yang mungkir dibayar dan bayaran semasa yang masih belum dibayar. Bagi menceritakan dua keadaan tersebut, adakah terjemahan "outstanding amaun" adalah "amaun tertunggak"?. Terima kasih.Padanan outstanding amount ialah amaun berbaki.Tatabahasa24.05.2012
Dengan hormatnya saya memohon bantuan pihak Dewan bahasa dan Pustaka untuk menyemak ayat di bawah: Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited dan sekiranya mempunyai masa yang lapang, bersama-samalah kita membantu rakan-rakan kita yang memerlukan bantuan untuk melakukan tugas-tugas rasmi, berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita, bersama-sama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam.Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited. Sekiranya mempunyai masa lapang, bersama-samalah kita membantu rakan sekerja menyelesaikan tugasan rasmi, dan berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita. Selain itu, sentiasa bekerjasama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam.Tatabahasa06.06.2014

Kembali ke atas