Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tu.tup] | ترتوتوڤ

Definisi : 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tu.tup] | ترتوتوڤ

Definisi : 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali akan tertutup suis elektrik sebelum keluar dari biliknya. Penggunaan 'tertutup' dalam ayat ini betul atau salah? Kalau betul, apakah maksud 'tertutup' ? Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah menutup, iaitu perihal atau perbuatan merapatkan tutupnya seperti pintu, tingkap dan lain-lain. Perkataan tertutup tidak betul kerana tidak merujuk kepada perbuatan menutup sebaliknya bermaksud tidak terbuka, terkatup atau terkunci. Contoh dalam ayat, Tingkapnya tertutup sahaja kerana hari hujan.Tatabahasa23.06.2021
Salam, Mohon pencerahan berhubung penterjemahan yang tepat bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) dalam Bahasa Melayu. Televisyen Litar Tertutup atau Kamera Litar Tertutup? Terima kasih.Penterjemahan yang tepat bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) dalam Bahasa Melayu ialah Televisyen Litar Tertutup. Namun begitu, untuk konsep boleh diperluaskan kepada penggunaaan Kamera Litar Tertutup.Istilah10.10.2019
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup?Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup.Lain-lain20.07.2010
salam, apabila kita menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup, adakah kita merujuk pada bentuk suku kata sahaja atapun perkataannya. Contoh; perkataan "keamatan" = KV+V+KV+KVK, bersuku kata tertutup @ terbuka

Encik Effendy,

Apabila kita menyebut suku kata, kita merujuk pada suku kata tersebut. Perkataan "keamatan" mempunyai suku kata tertutup.  

Ejaan22.10.2010
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih.Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Tatabahasa21.01.2010
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014
Saya ingin mengetahui istilah CCTV dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kamera litar tertutup atau kemera litar bertutup. terima kasih

Encik Nazri,

Padanan bahasa Melayu yang betul ialah kamera litar tertutup.

Istilah16.01.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pertanyaan saya adalah berkenaan suku kata dalam bahasa melayu jawi. Adik saya bertanyakan tentang suku kata tertutup tetapi saya tak tahu berkenaan itu. Jadi saya memintak tolong pihak tuan sekiranya boleh menjelaskan kepada saya apakah itu 'suku kata tertutup'. Pertanyaan ke-2 berkenaan dengan skrip-skrip persembahan. Adakah pihak tuan ada menjual skrip-skrip untuk digunakan oleh pihak universiti ataupun sekolah untuk dilakonkan oleh pelajar? sekiranya ada, berapakah harga skrip tersebut. Diharap pihak tuan dapat menjawab soalan saya. sekian, terima kasih

Suku kata tertutup terdapat pada perkataan yang ejaannya berakhir dengan konsonan. Contoh; adik, hormat, kampung,letak,boleh.

Tentang skrip pihak kami tidak menjualnya kepada universiti ataupun sekolah. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi Jabatan Sastera untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini.

 

Tatabahasa05.02.2008
a. Boleh jelaskan samada perkataan TONG ialah digraf atau suku kata tertutup KVKK. b. Saya merujuk penerangan dari DBP menyatakan perkataan 'sangat' BUKAN digraf. Adakah 'sangat' merupakan suku kata KV-KKVK? Bagaimana pula 'bunyi' dan 'kunyit' ? Adakah 'nyi' digraf, tetapi bila ditambah huruf 't', ia bukan lagi digraf?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bungi. Perkatan "ng" dalam tong dan sangat ialah digraf dan perkataan "ny" dalam bunyi dan kunyit juga ialah digraf. Perkataan tong dikategorikan sebagai suku kata tertutup. Tuan perlu memahami konsep suku kata, iaitu suku kata tertutup atau terbuka yang dilihat pada suku kata, bukan perkataan. Contohnya, bu.nyi - ada dua suku kata dan kedua-duanya suku kata terbuka (kv+kkv), manakala ku.nyit pula mengandungi dua suku kata, suku kata pertama terbuka dan suku kata kedua tertutup (kv+KKvk).Tatabahasa04.11.2021
mengetahui cara mengajar membaca secara menyebut suku kata, perkataan, dan ayat mengenali suku kata terbuka dan suku kata tertutup

Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Rujuk juga buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif, iaitu pensyarah di maktab dan universiti.

Lain-lain30.04.2013
12345

Kembali ke atas