Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.bah]/[ter.u.bah] | تراوبه

Definisi : sudah (dapat) diubah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terubah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
converted wavegelombang terubahGeologiTiadaGelombangan seismos yang terubah daripada gelombang P kepada gelombang S atau sebaliknya melalui pemantulan atau pembiasan di antara muka.
modified life insuranceinsurans hayat terubah suaiPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans hayat yang mempunyai premium terubah suai. Bagi tahun yang awal, premiumnya lebih rendah daripada biasa dan kemudiannya ditingkatkan lebih daripada biasa.
gene expression signaturetunjuk tanda pengekspresan genBioinformatikBioinformatik MolekulSatu gen atau sekumpulan gen di dalam sel yang mempunyai corak dan ciri unik yang wujud hasil daripada proses biologi yang terubah suai atau tidak terubah suai, dan dikenal pasti menggunakan teknik biologi molekul.
genetically modified foodsmakanan terubah suai genetikPertanianAgroteknologiMakanan yang dihasilkan daripada hasil tanaman yang telah melalui perubahan genetik dengan kaedah kejuruteraan genetik. Kebanyakan proses pengubahsuaian genetik dilakukan untuk meningkatkaan hasil tanaman tetapi ada juga yang bermatlamat untuk meningkatkan mutu pemakanan. Contohnya, padi daripada jenis Golden Rice telah diubah suai genetiknya untuk meningkatkan kandungan vitamin A. Tomato Flavr Savr merupakan makanan terubah suai genetik pertama yang dihasilkan pada tahun 1994, yang dapat memanjangkan tempoh pemasakan. Buah betik pula merupakan tanaman yang telah diubah suai genetiknya untuk meningkatkan rintangan daripada penyakit virus bintik berpusar. Jenis tanaman lain yang turut dilakukan pengubahsuaian genetik termasuklah kacang soya, jagung, gandum, minyak sayuran, kentang, kanola, dan minyak biji kapas. Tujuan pengubahsuaian genetik dilakukan adalah untuk memberi ketahanan kepada tanaman daripada serangan serangga, kulat, virus, racun rumput, selain untuk menukar kandungan nutrisi, memperbaiki rasa dan mempertingkatkan tempoh masa penyimpanan. Walau bagaimanapun, terdapat kontroversi terhadap penggunaan makanan terubah suai genetik ini sama ada ia selamat atau tidak dalam jangka masa panjang. Lihat juga kejuruteraan genetik.
modified atmospheric packaging (MAP)pembungkusan atmosfera terubah suai (MAP)Makanan dan PemakananMakananKaedah pengawetan untuk memanjangkan jangka hayat produk makanan segar dengan mengubah suai komposisi udara atmosfera dalam pek pembungkusan. Kaedah ini akan mengurangkan jumlah oksigen dan menggantikannya dengan gas lengai seperti nitrogen atau karbon dioksida. Pembungkusan atmosfera terubah suai dapat melambatkan pertumbuhan organisma aerobik dan mencegah tindak balas pengoksidaan.
modifiedterubah suai; diubah suaiFizikTiadaTiada
modifiedterubah suai; diubah suaiKejuruteraanTiadaTiada
genetically modifiedterubah suai genetikPertanianAgroteknologiSifat tanaman yang telah diubah suai bakanya melalui proses kejuruteraan genetik atau bioteknologi. Satu kaedah pengubahsuaian ini ialah dengan memindahkan gen daripada organisma lain kepada gen tanaman yang diubah suai supaya ia mendapat suatu ciri yang diingini. Contohnya, golden rice atau beras emas yang dihasilkan oleh Ingo Potrykus pada tahun 2000 telah diubah suai genetiknya dengan memasukkan gen daripada bunga daffodil kepada gen padi. Ubah suai genetik ini membolehkan pembentukan beta karotena yang boleh meningkatkan kandungan vitamin A dalam beras. Penghasilan jenis beras ini dapat mengatasi kekurangan vitamin A yang dialami lebih 190 juta kanak-kanak di seluruh dunia. Singkatan GM.
modified ecosystemekosistem terubahGeografiTiadaTiada
modified electrodeelektrod terubah suaiKimiaTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas