TERUMBU SAWAR BESAR | Terumbu Sawar Besar ialah kelompok terumbu karang yang terbesar di dunia. Terumbu ini menganjur di sepanjang pantai timur laut Australia (lihat Australia [peta rupa bumi]). Terumbu Sawar Besar bukan sawar berterusan tetapi terdiri daripada beribu-ribu terumbu berasingan yang bertaburan. Terumbu tersebut telah tersenarai dalam Senarai Khazanah Dunia yang disusun oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization – (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana saiznya yang unik dan tumbuh-tumbuhan dan ikannya yang pelbagai. Hampir kesemua terumbu di perairan Australia kini terletak dalam Taman Marin Terumbu Sawar Besar, iaitu taman marin terbesar di dunia. Kawasannya seluas lebih kurang 350 000 kilometer persegi. | UMUM | |
TERUMBU PINGGIR | Pentas tidak rata di pinggir dasar laut berhampiran tanah besar atau pulau. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
TERUMBU | Terumbu l ihat Atol; Karang. | UMUM | |
TERUMBU SAWAR | Terumbu penghalang yang terletak selari dengan pinggir pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PULAU MAGNETIC | Pulau Magnetic terletak di antara Terumbu Sawar Besar dengan pantai Queenslands, Australia , lebih kurang 10 kilometer ke timur laut Townsville. Pulau ini ialah sebuah taman negara dengan keluasan 50 kilometer persegi. Sebahagian besar pulau itu bergunung-ganang dan dipenuhi hutan tebal. Namun terdapat perkampungan di pantai yang popular sebagai tempat peranginan dan pelancongan. Sebahagian penghuni pulau ini menjalankan perniagaan hotel dan rumah tetamu manakala yang lainnya menanam dan menjual nanas dan betik. | UMUM | |
ATOL BIKINI | Atol Bikini ialah atol terpencil (terumbu karang cincin) yang terletak di barat laut gugusan Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik. | UMUM | |
IKAN RAMA-RAMA | Ikan rama-rama ialah ikan berwarna-warni yang tinggal di sekeliling terumbu karang di laut tropika, subtropika, dan sederhana | UMUM | Umum |
TARAWA | Tarawa (pend. 24 598) ialah ibu negara Kiribati, sebuah negara yang terdiri daripada pulau-pulau kecil di barat daya Lautan Pasifik. Tarawa ialah atol (terumbu yang berbentuk cincin) yang terdiri daripada banyak pulau batu karang kecil yang meliputi kawasan seluas 23 kilometer persegi. | UMUM | |
NASH, JAMES | Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang menemui kawasan emas di Gympie, Queensland, Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang penemuan emas memulakan salah satu daripada kerubut emas yang terkenal dalam sejarah Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun 1888, kerajaan Queensland memberinya kerja sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie. Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh tan metrik batu granit didirikan sempena menghormatinya di Taman Gympie. Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah ke Australia pada tahun 1857. | UMUM | |
ATOL | Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang terbina di atas tebing yang tenggelam, atau terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol, dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik. Lihat juga Karang . | UMUM | |