Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rum.bu] | ترومبو

Definisi : permatang batu atau pasir yg terdapat di bawah atau di atas permukaan laut; ~ karang terumbu yg terjadi drpd batu karang (biasanya kelihatan ketika air surut dan boleh mem­bahayakan kapal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rum.bu] | ترومبو

Definisi : batu karang di laut yg kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kpd kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terumbu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coral reefterumbu karangPerikananTiadaStruktur batuan sedimen daripada kapur (aragonit) yang terbentuk di dasar lautan. Pada terumbu karang, terdapat organisma dominan yang terdiri daripada filum knidaria (kumpulan haiwan air berbadan lembut seperti ubur-ubur, buran laut, hidra) yang merembeskan bahan kalsium karbonat sebagai pembentuk utama terumbu. Terumbu karang biasanya mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, menjadi habitat pelbagai spesies ikan karang, krustasia, moluska dan invertebrat. Kawasan terumbu karang menjadi tempat aktiviti rekreasi seperti selam skuba dan selam permukaan kerana rupa bentuk dan warna terumbu karang yang berwarna-warni.
backreefterumbu belakangSains MarinTiadaKawasan air cetek yang memanjang dari pantai ke puncak terumbu dan memisahkan terumbu belakang dari cerun laut. Terumbu belakang juga dikenali sebagai terumbu rata dan merupakan zon yang paling dekat dengan pantai.
patch reefterumbu dolomit; terumbu tompokGeografiTiadaTiada
shoal reefterumbu gosong , terumbu perkapalanGeologiTiadaTiada
atoll reefterumbu atolPerikananTiadaTerumbu karang yang berbentuk lingkaran menyerupai cincin, yang mengelilingi lagun. Terumbu ini timbul semasa air surut dan tenggelam semasa air pasang. Terumbu atol merupakan tempat untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti selam permukaan. Contohnya, terumbu atol yang terdapat di pulau Sipadan.
fringing reefterumbu pinggirSains MarinTiadaTerumbu yang tumbuh di pesisir pantai berair cetek dan bersuhu suam. Terumbu pinggir juga agak muda berbanding dengan atol. Terumbu pinggir memerlukan banyak sumber cahaya matahari, dasar lautan yang sesuai, sumber nutrien yang rendah dan memerlukan air laut jernih untuk tumbesaran yang lebih baik. Terumbu jenis ini banyak dijumpai di kawasan Laut Caribean dan Laut Merah.
reefterumbuSains MarinTiadaGarisan batuan atau hamparan batu, pasir dan karang yang terletak di zon pasang surut air laut. Semasa air pasang, terumbu ditenggelami air dan terdedah semasa air surut. Kebanyakan terumbu dihasilkan daripada proses abiotik, iaitu pemendapan pasir, hakisan ombak dan proses semula jadi yang lain. Terumbu dapat ditemukan di laut dengan kedalaman rendah atau dangkal. Terumbu terdiri daripada endapan yang berupa batu kapur. Kandungan terumbu yang utama ialah kalsium karbonat (CaCO3). Terumbu yang paling terkenal ialah terumbu karang perairan tropika yang dihasilkan melalui proses biotik. Lihat juga terumbu karang.
reef flathamparan terumbuPerikananTiadaKawasan terumbu karang yang rata di antara kelompok terumbu karang yang tinggi. Hamparan terumbu biasanya menjadi habitat pelbagai jenis ikan karang.
barrier reefterumbu sawarPerikananTiadaTerumbu asli yang terdiri daripada hidupan karang keras dan lembut yang selari dengan pantai dan bertindak sebagai penghalang rempuhan ombak ke pantai. Kawasan terumbu ini berpotensi sebagai habitat kepada pelbagai hidupan akuatik bagi kelangsungan pembiakan. Terumbu ini juga dikenali sebagai terumbu penghalang.
fringing reefterumbu pinggirPerikananTiadaTerumbu karang yang terdapat di kawasan berhampiran pantai yang berair cetek. Terumbu pinggir biasanya berangkai dan kelihatan jelas dari permukaan air. Kawasan terumbu pinggir merupakan tempat aktiviti rekreasi seperti selam permukaan.
12345678910...

Kembali ke atas