Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.na] | ترونا

Definisi : 1. sl anak laki-laki yg masih muda, pemuda, belia: kasih sayang antara ~ dan dara; anak ~ = muda ~ anak muda, pemuda, muda belia; 2. Id pelajar sekolah tentera, kadet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.na] | ترونا

Definisi : (anak) lelaki yg masih muda; pemuda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruna (kata nama)
Bersinonim dengan anak muda, pemuda, peria, jejaka, bujang, putera, lelaki, jantan, belia, lelancur;,

Puisi
 

Macang nanas lela teruna,
     Gajah berjuang di Kampung Melayu;
Duduk menangis mengenang bunga,
     Bunga yang kembang habis layu.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaMacang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu.
Kurik Kundi Merah SagaSehari-hari memungut kerah, Dipungut oleh dara teruna; Manakan hati tidak resah, Ada kekasih entah di mana.
Kurik Kundi Merah SagaSehari-hari memungut kerah, Dipungut oleh dara teruna; Manakan hati tidak resah, Ada kekasih entah di mana.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk.
Kurik Kundi Merah SagaCik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat mata merah, Ambil lepas dalam cerana; Kalau tersepak jangan marah, Ambo nak pelepas anak teruna.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lutung di pokok jelutung, Anak mawas di pokok ara; Ramai-ramai kita berpantun, Kerana memuja teruna dan dara.
12

Kembali ke atas