Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj terung, Solanum sarmentosum (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terung pipit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Solanum torvumTerung pipit, terung rembangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Solanaceae, dikenali sebagai terung rembang, daripada spesies jenis renek, berketinggian 1-2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, daun jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontanon, triakontanoil, nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemui tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala.
white sparrow's brinjalterung pipit putih(Solanum torvum)PertanianTiadaTiada
plate brush brinjal (Solanum torvum)terung pipit putih (Solanum torvum)PertanianTiadaTiada
Solanum torvumterung pipitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Solanaceae yang dikenali juga sebagai terung rembang daripada spesies jenis renek, berketinggian 1 meter hingga 2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, dan daunnya jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuning-kuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontan, triakontanol dan nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemukan tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi, manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala.

Kembali ke atas