Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.rai]/[ter.u.rai] | تراوراي

Definisi : 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terurai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEREPUTAN

Pereputan ialah proses apabila jirim haiwan

atau tumbuhan yang telah mati terurai menjadi

sebatian ringkas. Hasil uraian yang ringkas ini

boleh digunakan sebagai makanan oleh benda

hidup seperti tumbuhan. Pereputan adalah proses

yang penting dalam alam sekitar. Bahan buangan

yang dikeluarkan oleh haiwan, serta haiwan dan

tumbuhan yang mati disingkirkan melalui proses

ini. Pereputan juga kadangkala dikenali sebagai

penguraian atau pembusukan .

UMUM 
KAOLIN

Kaolin ialah tanah liat putih melepak yang dibuat

daripada feldspar yang telah terurai.

UMUM 
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 
HUMUS

Humus ialah bahan organik yang telah terurai atau yang sedang mengalami penguraian di permukaan atau di bawah permukaan tanih. Bahan organik berasal daripada sisa tumbuhan dan haiwan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SANGGUL

SANGGUL, gelung, simpul atau gulungan rambut yang lazimnya terletak di bahagian atas, belakang atau tepi kepala.  Sanggul dihasilkan daripada rambut yang terurai, digubah pelbagai bentuk agar rambut itu lebih kemas.  Sanggul juga disebut sebagai ‘kundai’, ‘konde’, ‘siput’ atau ‘bun’.  Di kalangan orang Malaysia, sanggul juga disebut sebagai siput.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas